Apa yang best untuk Hari Natal dan New Year Eve di Park Avenue, Sungai Petani
9:19 AMAssalamualaikum. Holla ~
Sempena Hari Natal atau Christmas yang lepas, Park Avenue Hotel Sungai Petani. telah mengadakan buffet istimewanya dan aku antara yang sempat merasai kehebatannya.
Bertemakan DISNEY untuk malam tersebut, pihak Park Avenue Hotel Sungai Petani menyediakan menu bertemakan INTERNATIONAL BUFFET. Masuk saja ke lobi hotel anda boleh lihat hiasan Christmas dan New Year Eve yang comel. Kanak-kanaklah yang paling teruja untuk bergambar dengan hiasan tersebut. Orang dewasa pun apa kurangnya. Ramai berpusu-pusu ingin bergambar berlatar belakangkan watak kartun Disney.
Bila saja melihat menu yang dihidangkan, perasaan teruja menerpa. Memang banyak menu yang dihidangkan, tapi aku share sikitlah untuk tatapan semua.
Semua menu dalam International Buffet ni sedap gilos. Aku paling tersuka Grilled Lamb Shoulder With Honey Balsamic Glaze yang juicy dan penuh dengan rasa. Selain daripada tu, confirmlah aku paling tersuka Bread Pudding.
Park Avenue memang mewah dengan dessert. Tengok sahajalah menu dessert Park Avenue. Banyak nye la haiii... Semua sedap-sedap pulak tu, macam mana nak say NO ni ?
Selain tu, terdapat jugak aneka jenis salad dan pumpkin soup. Paling penting, untuk Hari Natal, mestilah ayam turki. Jangan risau, Park Avenue masih mengekalkan tradisi tu.
Pengunjung yang bertuah jugak membawa balik hadiah. Ada cabutan bertuah, kalau bertuah, bukan tangan kosonglah balik pada malam tu.
Jadi kalau nak menghabiskan cuti hujung tahun sambil menyambut Tahun Baru di Utara tanah air, bolehlah menginap di Park Avenue Hotel Sungai Petani dan cuba New Year Eve Buffet Dinner nanti.
Park Avenue Hotel Sungai Petani
E-1 Jalan Indah Dua,
Taman Sejati Indah,
08000 Sungai Petani, Malaysia
4 comments
perghh.. terliur tgk..
ReplyDeletebestnya
ReplyDeletemeriah dengan pelbagai menu..telan ailio jer nengok
ReplyDeletefuhhhhh tgk nama2 dia je dah kecuqqq... larat ke habis kan semua menu2 ni? ;-)
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^