HATYAI DAY 1.0
10:00 AMHATYAI DAY 1.0
Bulan ni kena pulun habiskan entri Hatyai 2 hari 1 malam yang terkulai ni sebelum masuknya tahun baru. Rasa macam dah pernah bagi tau yang aku pi Hatyai ni masa awal tahun 2016, masa nak dekat CNY. Haih ! Bajet macam travel blogger sangat kan. Travel blogger lagi jenuh meng update, habiskan entri derang.
Gerak dari Seberang Jaya dengan menaiki bus lebih kurang jam 10.30 malam, kemudian berhenti di beberapa tempat untuk mengambil penumpang-penumpang lain. Sampai kat masjid Bukit Kayu Hitam almost Subuh. So Subuh secara jemaah disana.
Lepas Subuh and bersiap ala kadar, bus terus menuju ke imigresen Malaysia. Sebab pagi lagi, maka manusia pun tak ramai lagi. Walaupun tak ramai, still kena beratur. Lepas imigresen Malaysia, imigresen Thailand lah pulak.
Di imigresen Thailand, ada banyak kaunter, tapi, ternyata orang memang ramai sebab nak masuk Thailand ada beberapa pintu. Sila beratur ye, tak mau gaduh-gaduh.
Khabarnya, imigresen Thailand ni ada banyak peel. Nasib korang lah dapat imigresen yang oke ke yang tak oke. Ada yang tak oke tu, main campak je passport korang. Bertabahlah ye, janji dapat masuk negara derang.
Ups ! Lupa.. Sebelum beratur, isi dulu kad putih tu ye, nanti selitkan dalam passport masa nak bagi kat imigresen tu.
Dah ramai kan, biasalah. Dah siap, kenalah tunggu orang lain jugak. Sambil tunggu, sambil selfie. Jangan bosan naaa...
Tempat pertama lepas imigresen Thailand, wajiblah makan. Tak ingat pulak berhenti kat mana sebab bus berhenti kat kedai tepi jalan and lupa nak snap gambar. Yang penting, breakfast pagi tu, nasi campoq ala Siam.
Tempat pertama suggested by our tour guide, Mr Phaisorn, ialah Magic Eye 3D Museum. Magic Eye 3D Museum ni berhampiran dengan macam uptown ape ntah, aku lupa dah nama tempat tu. Tapi, tempat tu famous la dan dibukak dari petang sampai malam.
Tak masuk pun Magic Eye 3D Museum ni sebab Dikdik and Anis tak mau masuk. Deme lepak atas bus, aku turun sebab nak jugak tinggalkan tapak kaki kat dalam Magic Eye 3D Museum ni. So, gambar kat luar je lah yang ada ye.
Dapat ngorat abam nsem sorang ni sementara yang lelain sibuk kat dalam. Muhahaha
Kat dalam Magic Eye 3D Museum ni ada jual souvenir kalau-kalau nak buat cenderahati. Settle Magic Eye 3D Museum, singgah pulak Nora Plaza.
Kat Nora Plaza ni ada banyak barang kulit yang boleh dibeli. Pulak tu, ada diskaun, tapi bergantung pada jenis barang lah ye. Macam-macam barang ada dalam ni, naik rambang mata ni tau.
Barang dalam Nora Plaza ni boleh dikira murah jugak lah. Tak shopping banyak pun dalam ni, takut nanti jumpa yang lagi cantik, rasa nyesal ! Cano ? So, better, beli sesikit je dulu. Pun demikian, ada jugak yang shopping sakan.
Kalau tak mau shopping or rasa penat, boleh duduk meminum kat sini dulu.
Ni lah rupa Nora Plaza tu, sikit punya besar, jangan cakap hakak tak payung naa...
Opposite Nora Plaza tu ada kedai yang menjual barang tembikar. Aku perhati je dari seberang jalan, kemain cantik lagi barang tembikar dia. Comel-comel pulak tu. Aku perhati jelah, tak singgah pun.
Selepas dari Nora Plaza ni, mana pulak pit stop seterusnya. Tunggu next entri ye. Sabarlah ye, manusia pemalas rajin memang suka buat entri part by part.
2 comments
Xpelah, kat penang pun banyak muzium 3d. Ye ke tak shopping sngat?
ReplyDeletekat sini ropernya... jauh beno...
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^