MOVIE REVIEW .:. ANGRY BIRDS MOVIE

11:30 AM

Assalamualaikum. Holla ~


Entri dalam draft dari pertengahan tahun 2016. Moh merejam entri dalam draft sebelum 2016 melabuhkan tirai.

Tengok movie ni masa hari pertama ditayangkan. Since, hari tu adalah weekdays, so panggung tak lah penuh sangat, tapi agak penuh jugak lah. Dah nama pun cerita kartun, opkos lah ramai family yang bawak anak-anak kan. Dah nama pun kanak-kanak / bebudak, opkos lah bising jugak, maka, bertabahlah.

Sapa tak kenal Angry Birds kan ? Game dia pernah menjadi kegilaan rata-rata pengguna telefon pintar (baca sebagai smart phone). Setelah beberapa tahun game tersebut di keluarkan dan tidak lagi menjadi kegilaan, makan movie Angry Birds pulak yang keluar.

Dari movie Angry Birds ni lah boleh tahu kenapa si Red tu marah sangat dengan piggy.


The Angry Birds Movie poster.png
Ihsan Google


Cerita berkisar tentang Red yang menetap di sebuah Pulau Burung, telah menghadiri kelas mengawal kemarahan. Di dalam kelas tu, Red mengelakkan diri untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan classmate nya, Chuck, Bob dan Terence serta instructor nya, Matilda.

Suatu hari, kediaman Red yang terletak di pinggir pantai telah dilanggar oleh sebuah kapal. Kapal yang dipenuhi dengan piggy telah menyatakan hasrat mereka sebagai peaceful explorer dan menawarkan persahabatan.

Dengan teknologi yang dibawa oleh piggy, kebanyakkan penduduk Pulau Burung senang menerima kehadiran piggy. Namun, semakin lama, semakin banyak piggy yang telah menetap di Pulau Burung itu.

Red berasa curiga dengan kedatangan piggy yang banyak itu dan telah menyatakan perasaannya itu kepada penduduk di Pulau Burung. Namun, penduduk di Pulau Burung mengatakan yang Red cemburu dengan perhatian yang telah diberikan kepada piggy.

Betul ke kehadiran piggy ni untuk bersahabat atau mempunyai niat yang tersembunyi ? Apakah tindakan Red untuk membuktikan kenyataan nya adalah benar ?


Image result for angry birds movie
Ihsan Google


Berjayakah Red mengawal kemarahannya ? Apakah tindakan penduduk Pulau Burung terhadap piggy dan Red ?

Haaaa.. yang tu, kena saksikan sendirilah. Aku rasa movie Angry Birds ni sangat menghiburkan. Bukan sahaja untuk kanak-kanak, malah orang dewasa jugak sesuai untuk menonton movie Angry Birds ni.


Image result for angry birds movie
                                                                                                     Ihsan Google



You Might Also Like

4 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored