TUKAR KAD ATM MAYBANK MENGGUNAKAN MAYBANK2U
9:19 AMAssalamualaikum. Holla ~
*bukan entri bergambar. harap maklum !*
Sapa dah tukar kad ATM ? Tukar kat mana, online ka walk in ? Tapi, tak semua bank menyediakan khidmat penukaran kad ATM melalui online. Yang aku tau, Maybank je, yang lain tak. Or kalau ada bank lain yang menyediakan khidmat yang sama, komenlah kat bawah, boleh share dengan orang lain kan.
Sebenarnya, aku nak share pengalaman aku menukar kad ATM Maybank melalui online. Boleh tahu pun sebab ternampak blogger mana ntah post masa awal-awal dulu. Terima kasih awak ~
Sebab nak senang and cepat, aku gunalah khdimat online ni. Seingat aku, aku apply dalam awal bulan 8, 2016. Lepas aku buat tu, aku ada war-warkan dekat akak kat tempat keja aku, and dia suruh aku apply kan jugak untuk dia.
I is berhati waja, tolonglah buatkan untuk akak tu. Nak dijadikan cerita.......
Tak sampai 2 minggu, kad akak tu sampai menggunakan courier CityLink. Aku berasa suspek suspense sebab aku yang apply dulu, tapi akak tu dapat dulu. Time lunch, aku call Maybank, menggunakan hotline.
Aku terlupa nak tanya nama operator yang angkat call tu.. Dia check segala bagai, and dia conclude kan yang akak tu sampai dulu sebab area akak tu area panas kawasan bandar. What the fish ??!! Apa ingat aku dok ulu banok ke ? Cantik sikitttt ! *tapi aku sabarkan jugak cik hati ni*
Operator tu cakap, kad aku ada dekat HQ lagi dan bakal di post kan.. Tunggulah, paling lambat akan sampai hujung bulan 9, 2016.. *dalam hati, courier cap apa ni punya lama masa nak deliver barang kat customer*
Hati pun bertabahlah.. dari bulan 8, masuk bulan 9.. muka bebajet tak kisah, tapi dalam hati mengalahkan lava gunung berapi kat Jepun nu...
Sebab dah tak boleh sabar, dalam awal bulan 10, call agi. Kali ni operator lain pulak yang angkat and again, aku lupa nak tanya nama sebab layankan hati yang tengah kering kontang bak di padang pasir sahara.
Operator ni pulak cakap, kad dah ada dekat courier, siap bagi tracking link suruh check dengan courier. Sebab aku fikir kad dah ada dengan courier, aku malas nak bising. Even aku salin, tracking number tu, tapi aku tak sure kat kertas mana yang aku tulis tu. Sudahnya, memang aku tak check tracking untuk kad aku tu.
End of October, memang aku menyampah tahap habis dengan operator Maybank tu, aku decide nak walk in je terus. Aku cerita dekat Ibu apa yang telah aku alami and Ibu bagi tau kat Cik. *Cik kerja kat Maybank*
Cik memang suruh walk in sebab dah ramai yang apply online, so akan jadi lambat. And sebenarnya, kad aku tu tak post pun lagi Still kat HQ. #(&)#*$%&)#*)@*$(@& *memang keluar bahasa yang paling susah nak keluar dari mulut aku.
Tak post cakap je la tak post, tak payah nak buat customer tertunggu-tunggu. Dah la kad ATM, aku risau jadi pape je kat kad tu. Ini tak, nak berdalih, sidap dah post, bagi tracking number. Bullshit ! Memang panas betul hati aku bila ingat pasal ni.
Bulan November, aku walk in terus, sat je dah dapat. Geram oi ! Aku kalau benda yang nak post tu, kertas kosong, aku tak kisah sangat. Ni kad ATM oi ! Apa kebodohnya operator tu memperkotak-katikkan aku, kena kat batang hidung kau, baru kau tahu, nak menggelabah ke tak.
Dah ! tamat dah cerita aku pasal operator Maybank yang bodoh bangang tu. Sila jadikan cerita ni sebagai iktibar dan mohon maaf sebab terbaca bahasa yang tak berapa nak indah.
Sekian.
11 comments
Salam singgah sini.dik SN....memang bikin panas ni dik...sabar jer lah....
ReplyDeleteTu lah.. sebab bersabar lah yang jadi macam ni.. haha
DeleteAkak hari tu tukar kat kaunter jer...
ReplyDeleteTu yang penyudah dia, ke kaunter jugak...
Deletesy da buat kebetulan buka acc tempohari...thanks 4 sharing
ReplyDeleteohh.. baguslah macam tu.. buat fixed deposit ea ? heee
Deletebanyak kes macam ni..sedangkan shopping online akak x sudi, tukar kad atm lagilah tak mungkin. Hahaha
ReplyDeletegeramm !!! kalau tahu, memang tak buat.. huh !
Deletehohoho...akak x tukar lg :p
ReplyDeleteTabahnya hati klu mcm ni.. Unni klu bckp dgn mn2 ooerstor wajib tnya nama dulu. So klu kna kes mcm ni senang la.. Hu ihihi
ReplyDeleteBtl2 marah nie zaf..sabaq.. mmg kdg2 kita akan jumpa dgn jenis manusia tu.. 🙄
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^