HATYAI DAY 1.1
9:08 AMAssalamualaikum. Holla ~
Entri bersambung. Entri lepas, boleh baca kat SINI.
Lepas dari Nora Plaza, kami terus ke pekan Hatyai. Pekan Hatyai ni tak besar pun, tapi pekan dia agak crowded. Memang sepanjang jalan penuh dengan kedai yang menjual pakaian. Naik rambang mata menengoknye. Poket pulak dok melompat sakan.
Kami berhenti kat satu kedai yang menjual souvenir kat tengah pekan Hatyai ni. Tapi, terlupa pulak nak snap gambar. Tapi, kebanyakkan barang kat dalam tu memang murah dan berkualiti tinggi. Lepas tu, kalau beli banyak dapat diskaun sikit. Pakat tong-tongla reramai kalau nak murah.
Done shopping t-shirt and souvenir, terus ke Hatyai Floating Market. Ni lah yang paling aku tunggu sekali. Thailand kan memang famous dengan floating market nya.
Kat sini, ada kawasan yang luas untuk parking, pun begitu pada hari kejadian, memang penuh la. Cutikan. Ada kedai makan (opkos) dan ada surau jugak. Aku rasa, macam surau sementara je sebab diperbuat dari kayu yang disusun. But still, selesa tapi agak panas. Tempat untuk mengambil wudhuk adalah dibahagian luar dan menghadap sungai. Hazab kot ! Yelah, perempuan kan. Mana nak pegang tudung lagi, kaki lagi. Haih ! Part tu, tak berapa kenan sangat.
Done menunaikan kewajipan, moh turun ke floating market tu. Turut disediakan, meja makan yang berbumbungkan daun apa ntah, rasa duduk zaman dedulu pulak. Tapi, meja dan kerusi memang tak banyak, jadi parkinglah sesiap belakang orang yang agak dah nak habis makan.
Nak pulak hari tu hujan, bertempiaran lah orang. Decided beli makan dulu, baru cari port nak parking bontot.
Memang macam-macam makanan yang dijual. Ikutlah tekak memasing nak makan apa hari tu. Aku suka cara derang untuk ambil duit dari customer. Terpegun ! Ntah ! Rasa kagum cana ntah, maybe sebab kat Malaysia tak de cam tu kot.
Jangan risau makanan tu halal ke tak, kalau risau jugak, beli je lah dekat peniaga yang pakai tudung. Ada jugak yang tak bertudung, kalau was-was tak payahlah kan.
Derang ni kebanyakkan boleh la cakap Melayu ala Siam, jadi tak susahlah communicate.
Yang ni aku teringin sangat nak beli. Dikdik kata tak payahlah, nanti buat semak je. Tak pe, pendam dalam hati. Lepas dah pusing atas bawah Hatyai Floating Market ni, end up beli jugak. Yang sadisnya, nak naik bilik, penutup dia jatuh depan lift, maka berderailah... Bila dah balik Malaysia, aku jadikan rack untuk sangkut spec dan sunglasses. Padan muka !
Apom ni aku beli, sejenis dessert Thai. Suka ! Sedap ! Kenalah dengan tekak aku. Bungkus pulak dalam daun pisang tu, lagi wangi. Recommended to buy this !
Milk tofu ni pun nak beli jugak, tapi dah cukup tangan dengan hujannya. Penutupnya, tak beli.. Kikiki.. Nanti tolong makan kan untuk aku ea kalau ke Hatyai Floating Market ni.. masehhh
Ni hasil tuaian di Hatyai Floating Market. Ni apom yang aku cakap tu. Yummm ! Semua sedap, kecuali aku punya kuey teow sup tu, aku lagi suka apom ni. Muhehehe.. Air tu tak ingat air ape, pun sedap jugak.
Dah puas jalan kat bahagian bawah, kita naik atas pulak. Kat atas ni ada jual pelbagai, macam makanan dan pakaian serta souvenir. Toilet pun ada kat atas ni jugak.
Berkira-kira dengan Dikdik, nak beli yang ni. Asal lalu je, ramai, asal lalu je ramai. Dek takutkan bus tinggal, tak beli laa.. *nangis dalam hati*
RIP penutup doraemon tanah liat ku
Menjelang maghrib, kami pun beransur lah dari Hatyai Floating Market tu. Khabarnya, belah malam lagi cantik Hatyai Floating Market ni. So, pasang niat dalam hati Dikdik and Anis untuk ke sini lagi malam ni dengan menaiki tuk tuk.
Selepas cerita sedih dihadapan pintu lif, dan sesi penukaran bilik dari bilik best ke bilik yang tak best, mandi dan solat semua, turun pulak untuk ke Lee Garden. Nak ikut, tak jauh pun. Kalau rajin bolehlah jalan kaki, tapi disebabkan perasaan menebal untuk menaiki tuk tuk, maka lemak pun tersimpan menjadi tepu.
Kat Lee Garden ni pun tak beli papa. Jejalan and makan malam je. Teruja tengok udang kat sini. Besaq-besaq nya.. Apa lah agaknya udang tu makan sampai membesar dengan sihat seperti itu ye. Malam ni aktiviti bebas, so pepandailah susun jadual sendiri.
Pulut ayam dan pulut mangga memang laku keras kat sini. Memandangkan pulut bukan lah peberet aku, jadi satu pun aku tak beli masa kat sini even tengok orang berpusu-pusu menyerbu gerai yang menjual pulut ayam dan pulut mangga.
Untuk dinner, kami bertiga makan dekat food truck. Kawasan tu memang kawasan orang menjual makanan dengan truck. Berhati-hati memilik takot tersalah masuk ke kedai non-muslim. Lepas pusing 360 darjah, decide nak makan kat kedai ni. Dikdik order apa ke benda ntah namanya, aku order tomyam, Anis pulak order nasi goreng.
First sekali sampai makanan Dikdik.. Masa tu terburai lah tawa kami bertiga. Semata telur goreng hokey ! Tapi, jangan disangka air yang tenang, tiada buaya ya. Sebab telur tu boleh tahan sedapnya, kat dalam tu ada memacam isi.
Dah sampai sini, wajiblah kena minum teh ais kan. Si hantu teh ais tu, Dikdik berapa kali ntah kena teh ais sepanjang kat sini. Tapi, memang tak rugi, sebab teh ais kat sini memang terangkat habis.
Nasi goreng Anis pun sodap ! Tomyam aku, lagilah sedap. Hergh ! Setiap suapan memang nikmat gila. Rindu nya dengan tomyam Hatyai.
Kan siang tadi melepas nak makan ni kat Hatyai Floating Market. Even dah kenyang, still beli jugak banana pancake ni. Memang cekap orang yang buat pancake ni. Serius tak rugi beli banana pancake abang ni. Sedap oii !
Dok berkira-kira lagi nak ke Hatyai Floating Market, tapi sebab dah letih dan perut semakin melayut, maka katil pun melambai-lambai.
Nak balik tu, naik tuk tuk lagi. Kali ni, tuk tuk kena berhenti jauh dari hotel sebab jalan ditutup untuk sambutan CNY. Dalam takut-takut nak jalan tu, sempat jugak pepusing kat kawasan pekan tu memalam. Hahaha... Tamat cerita day 1 di Hatyai. Tunggi next entri untuk cerita day 2 pulak ye.
Entri sebelum
6 comments
Nak baca camne? entry lama dah delete ke?
ReplyDeleteAlamak ! Sorry.. lupa nak back link kan..
Deletehahaha bru muncul entri awal thun. sayangnya xmampu nk keluaq mlm tu asyik nk nyondol bantal
ReplyDeletemeriahnya...jalan2 makan2 jalan2 makan2..hehehe
ReplyDeletekalau travel, pastu rasa teringin nak beli, baik beli je.nanti teringat-ingat.memang ramai beli tembikar doremon tu kalau g hatyai kan..
ReplyDeletethailand ni betul2 syurga makanan kan... kalau x kerana ada yg 'haram' mmg sy akan pulun semua yg dijual...
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^