DARK MANSION, 3D GLOW IN THE DARK MUSEUM

10:30 AM

DARK MANSION, 3D GLOW IN THE DARK MUSEUM



Tengah merancang untuk bercuti di Penang ?? Atau memang stay Penang, tapi hujung minggu nak je ada aktiviti bersama keluarga, tapi dah tak tau nak pi mana. Jom nak kongsi satu lagi tempat menarik kat Penang.

Assalamualaikum. Holla ~

Kat Penang ada pelbagai tempat menarik. Agak tak tau, nak pergi mana, boleh susun pelbagai muzium yang menarik yang ada di Penang, antaranya ialah Dark Mansion. Dark Mansion ni lain sikit sebab ia adalah muzium 3D yang bercahaya didalam gelap baca sebagai glow in the dark.


Kalau tanya aku, best tak Dark Mansion ni, aku akan jawab YES ! Kenapa best ? Mesti nak tau kan. Firstly, sebab Dark Mansion ni ialah muzium glow in the dark. Aku suka konsep glow in the dark tu on anthing termasuklah baju, kasut, etc.

Masuk-masuk je, benda pertama yang akan nampak ialah Tamagochi. 90's kids mesti ingat benda alah ni kan. Balik sekolah ke terus hadap Tamagochi, dia berak ke, dia nak makan ke, dia dah bangun tdow ke.. Kan kan kan.. Sekarang ada Pao tu pulak, tapi tak sebest Tamagochi, to me.

Dalam Dark Mansion ni ada pelbagai 3D art untuk bergambar yang aku rasa sangat menarik. Bukan setakat bebudak, mak and bapak budak pun teruja jugak. Jom tengok apa yang ada dalam Dark Mansion ni.

My Toy Story




Sakan troll ni ajak I gosip, boleh pulak mamarazi snap gambar. Hahahaha










Bahagian Street Fighter tu paling mengujakan. Street Fighter pakai baju kurung. Hahaha.. Ups ! Pinjam bf sape ntah buat partner posing... Maseh ye bagi pinjam.. Heeee









Bahagian ni aku rasa fun jugak. Kira macam memori zaman kanak-kanak sebab masa zaman kanak-kanak dulu ada main yang macam kotak kena assemble tu. Heeeee






Dark Mansion ni terdiri daripada bangunan dua tingkat. Bahagian bawah ni, bukan bahagian yang glow in the dark ye. Bahagian atas, barulah bahagian glow in the dark. Sepanjang kat Dark Mansion ni, memang ada staff derang untuk guide korang amek gambar, selain itu ada jugak cara untuk ambil gambar yang sepatutnya yang diletakkan di bahagian dinding. Check that one first before posing, to get better picture. Ada jugak guide untuk cameraman atas lantai *standing position*, which means kat tempat tu lah cameraman kena berdiri untuk ambil nice shot. Staff Dark Mansion jugak akan tolong untuk ambilkan gambar.

Untuk setiap art, kalau ramai orang tengah Q, boleh jalan dulu ke next art, nanti patah lah balik. Takkan nak Q jugakkan. 

Mysterious Tropical Pandora








Ni kat bahagian atas. Memang bahagian glow in the dark. Tropical forest ni sangat cantik, nak-nak dengan pencahayaan yang berbeza. Ada 3 jenis pencahayaan lampu, biru, kuning dan tiada lampu. Setiap satunya memberikan kesan yang berbeza terhadap tropical forest ni.

Masterpiece of Edgar Muller




 Lukiasan glow in the paling terbesar di dunia dengan kesan peralihan siang malam oleh Edgar Müller.

Stars and Moonlight




Kat sini bolehlah posing ala-ala karakter Star Wars yang diminati. Tak pun posing ala-ala korang sedag bercengkerama di bawah bulan purnama. Eheh !

The Infinity Room



Part yang paling cantik bagi aku. Dengan cahaya yang warna-warni.




Kalau dah sampai kat rama-rama cantik, ikan keli panjang, sapa cantik, Zafirah sayang.. hahaha.. gergasi ni maksudnya, berakhirlah perjalanan didalam Dark Mansion ni. Kalau rasa tak puas, boleh repeat lagi. Sementara nak turun ke bawah, anda ditemani oleh rama-rama lagi.




Ohh ! Kalau masuk ke dalam Dark Mansion ni, anda akan dibekalkan dengan sticker yang jugak glow in the dark ni. Bagi aku, Dark Mansion ni adalah satu pengalaman yang menarik yang kena try. Pengalaman glow in the dark yang tak dapat kat tempat lainla kiranya.




Untuk berkunjung ke Dark Mansion ni, boleh refer map kat bawah, details pun ada kat bawah jugak. Kalau nak maklumat lanjut mengenai Dark Mansion, boleh refer SINI.

Opening Hours:
Everyday: 10am – 6.30pm (Last admission at 5.30pm)
Approximate Duration of Visit: 1 hour

Admission    
Adult RM20(M)  RM27(F)
Child RM12(M)  RM17(F)
Senior Citizen RM12(M) RM17(F)

Tickets are available from the Dark Mansion Counter. Please present proof of eligibility to enjoy special rate.

M - Malaysian, F - Foreigner


Address:
145, Lebuh Kimberley, 10100 Georgetown, Penang, Malaysia.
Tel: (+60)4 – 251 9694


Enjoy your visit at Dark Mansion.
Terima kasih Dark Mansion's teams for having Projek Blogger Utara. It's a pleasure working with you. 

You Might Also Like

7 comments

  1. cantik sangat2..sejam duk kat dlm rasa tak puas

    ReplyDelete
  2. Cantik sangat..
    Makin banyak pula museum-museum macam nie ye..

    ReplyDelete
  3. ni kalau msk... sejam dua xx puas ni...

    ReplyDelete
  4. kelam kabut jap ari tu kan..hahaha
    tp semua excited..

    ReplyDelete
  5. x puas sebab kelam kabut nk balik ke spital. klau lg lama lg best

    ReplyDelete
  6. wahhh bestnya siap ade guide!! dtg sorang pun ok.. Ok masuk dlm list Unni, nak g penang nnti

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored