TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM STATION 1 SIGNATURE, BUKIT MERTAJAM
10:19 AMAssalamualaikum. Holla ~
Misi pengisian perut comel bermula lagi. Kali ni, lokasi dia dekat je, tak jauh pun, dekat Bukit Metajam (BM) ja. Dalam Penang jugak. Dengar khabarnya, Station 1 Signature ada promotion untuk Hari Natal ni.
Station 1 Signature terletak di Pusat Peniagaan Maju Utama, BM. Kalau tak sure kat mana, boleh follow map kat bawah ni hokey. Lokasi Station 1 Signature ni adalah di corner lot, paling senang nak jumpa.
Uniknya bagi setiap restoran Station 1 ni, namanya adalah berbeza, contohnya macam yang dekat BM ni, Station 1 Signature, ada Station 1 Vintage, etc. Signature untuk Station 1 ialah di Leisure Mall, orang KL bolehlah turun sana ye.
Kalau nak tau restoran Station 1 yang berdekatan korang, boleh check kat SINI
Sekarang tengah promotion untuk Tasty Pot yang boleh dimakan untuk 2 atau 3 orang. Kalau makan sensorang, hazab nak habis, baik ajak kawan-kawan sekali. Tasty Pot ni ada 2 jenis, Seafood Noodle Pot dan jugak Herbal Chicken Pot. Ikutlah tekak memasing kan.
Beza untuk kedua-dua tasty pot ini ialah, kalau seafood ada udang dan sotong serta yee mee, kalau chicken herbal pulak ada ayam dan ianya menggunakan Shanghai noodle. Tu je lah beza dia, dari segi sayur semua, sama.. Cuma mungkin untuk chicken herbal, gravy dia akan rasa ada sedikit kelainan kerana menggunakan herba. Choice is yours !
Harga untuk Tasty Pot Seafood ialah RM36.++ dan untuk Tasty Pot Herbal Chicken pulak, RM33.++ Selain promotion Tasty Pot, ada jugak promotion untuk Hari Natal, yang boleh dimakan untuk seorang atau pun secara berkumpulan yang teridiri daripada 4 orang (platter).
Apa yang best pasal promotion untuk Hari Natal ni ? Untuk aku, yang paling best mestilah ice cream dia. Hiks ! Ice cream ni memang specially made for Hari Natal only. Kalau hari biasa, memang tak de, so sebab tu kena try set mi.
Untuk promotion set Hari Natal, untuk seorang makan, ada roasted chicken rosemary whole leg, mash potato, ratatouille vegetables dan black pepper sauce, raspberry ice cream,mushroom soup dan manggo cream with float.
Kalau platter, manggo cream with float digantikan dengan lime fizz. Yang lelain, sama je dengan untuk sorang makan.
Station 1 Signature jugak mempunyai live band nye sendiri yang beroperasi pada jam 2130H sampailah 0030H untuk hari Jumaat dan Sabtu, dan untuk hari Ahad pulak dari jam 1830H sampaila 2130H. Boleh jugak request lagu dekat live band, dan kalau lagu tu ada dalam senarai, they will play it just for you.
Yes Tea tu menggunakan jasmine, dan rasa dia sangat mild. Falling in love with it. Sesedap tekak yang minum. Manggo cream with float pun not bad ! Manggo blended dengan cream dan float. Yummeh !
Here's the heros. whole leg chicken with mash potato dan jugak Tasty Pot Herbal Chicken.
Black pepper sauce untuk the whole leg, memang sedap dan pekat. Perapan ayam tu pun terasa dan memang lawanlah dengan black pepper sauce tu. The soft and juicy chicken dipped in the black pepper sauce is the great combination. Marvelous !
Mash potato even without gravy is still perfect. Memang fall in love in every single bite. Ahaaa... Ratatouille vegetable agak berempah, dan bagi aku adalah perfect combo untuk dish ni. Mushroom soup pun sedap, antara dish terawal yang aku habiskan. Hahahaha
Tasty Pot Herbal Chicken pun tak kurang sedapnya. Makan pulak time panas, dengan Shanghai noodle, memang a dish to remember. Sedap ! Herbal soup tu tak terlalu overtake, macam sesetengah herbal soup yang lain. Just nice.
Shitake dan enoki mushroom menjadi mangsa yang pertama memasuki ke ruang tekakku. Shanghai noodle tu agak padat, dan mengenyangkan. Dengan soup lagi, memang tersandaq.
Environment di Station 1 Signature yang selesa membuatkan aku rasa nak duduk lama kat situ, persekitaran yang bersih dan selesa. Kebetulan ada perlawan badminton pulak, sambil makan sambil tengok TV lah jawabnye. Heee
Sekiranya anda memesan promotion Hari Natal, anda akan diberikan secara percuma gift ni, baju santa claus yang dikait. Comel kan ? Sayang pulak rasa nak guna..
Sebab makan terlalu banyak, jadi aku memerlukan Detox Fruit Juice untuk cucikan usus kembali. Aku order, Gemini Juice. Gemini Juice ni terdiri daripada carrot, madu, apple dan jugak nenas. Gemini Juice ni dapat membantu untuk proses awet muda, jangan tau tau pulak.
Rasa dia memang sedap, tak tau nak gambarkan macam mana, tapi memang sedaplah. Gemini Juice adalah antara Detox Fruit Juice best seller kat Station 1 Signature ni.
Selain daripada Gemini Juice, terdapat jugak pelbagai Detox Fruit Juice yang lain antaranya Aquarius, Pisces, Libra and so on dan setiap satunya mempunyai fungsi serta buah-buahan yang berlainan. Try yours masa kat Station 1 Signature atau memana restoran Station 1 nanti, hokey.
Gemini Juice
Yes Tea pilihanku
8 comments
Salam singgah sini dik SN...
ReplyDeleteNampak makanan dia ni memang best dan menyelerakan lah dik SN...
ReplyDeleteMemang sedahp dan terbaik....
Deletesedapnya nampak
ReplyDeleteHaaa... memang sedap.. teringat 1/4 whole chicken tu..
DeleteNampak sedapppp semuaaa especially mango and ayam tu!!
ReplyDeleteuntungnyaaa dpt jemputan tak p terjah lg nmpk semua sedap2
ReplyDeletemmmph..menyelerakan sungguh menu2 nya..
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^