Kongsi Kasih .:. Spag Mal

10:00 AM


Amboi tajuk dia... saja bikin "panas" sikit.. mihmihmih

Assalamualaikum.... macam mana hari kedua bekerja...?? mood dah mari ke belum... kite...?? macam tu lah... so2 ja...

Hari tu masa kat rumah, lapaq... gas pulak tak dak.. kedai cina, raya... kedai hindu, tak dak orang pulak nak hantaq.. so, moh le tengok apa ada dalam peti ais tu.. ada spaghetti yang dah direbus ( hari tu punya.. kuah habis, "mee" mesti tak jalan.. ).. carik2 dalam freezer, ada ikan... nak buek apo ni... 
Tetiba idea bernas muncul...

Tetapi kenapa Spag Mal..?? ia adalah singkatan kepada Spaghetti Malas.. malas nak ke kedai... arh.. serba serbi malaslah.. makan ja rajin... muhahaha



Haaa... nampak...?? ini orang malas punya kerja... mengharapkan "semangga" oven untuk mengisi ruang kosong di perutku yang comel ini... heee...

Begini caranya, potong bawang dan campakkan ke dalam bekas dan pada ketika ini aku menggunakan tray "semut" yakni tray yang kecik... tuangkan  minyak Naturel.. gaulkan minyak dan bawang supaya mereka bersahabat baik dan letakkan sedikit serbuk lada sulah.... kemudian, panaskan didalam oven selama 5 minit...

Sementara menunggu, korek lagi peti ais untuk mencari cili api dan cream cheese... setelah 5 minit berlalu, campakkan juga cili api (mengikut kesesuaian perut hampa...) dan cheese serta spaghetti ke dalam tray semut.. tidak dilupakan serbuk lada sulah sebagai penambah perisa.. gaulkan sehingga sebati dan bakar selama 10 minit.. api atas bawah ye.... 

Ketinggg... siap...! yeay.... selamat menjamu selera ~~~ tapi, tak boleh buat selalu tau.. nanti gemuksss... lepas makan, silalah berusaha keras untuk mengeluarkan keringat... even, Spag Mal ni tak ada isi, tapi sedap tau.. (masuk bakul, angkat sendiri..) tapi, kalau hampa jenih yang tak boleh makan tak dak lauk, campaklah ayam ka itik ka beruang ka supaya selera hampa meningkat...

You Might Also Like

5 comments

  1. ahahaha 'spag mal' pun menggoda haaaih..

    ReplyDelete
  2. Salam singgah ya!

    p/s: spaghetti malas pn sedap jugak bila time lapar mcm ni...hehe. Kt sini pn duk mkn menda alah ni time xde stok lauk halal..huhu. sadiss!

    ReplyDelete
  3. Ada kan lagu ni...tapi xsure tajuk..i likeeee sllau dengar pepagi kat hot fm..
    'Kongsi kasih....'
    Mehlah kongsi sikit yang dalam pinggan tu.

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored