JUARA PERTANDINGAN AKHIR CABARAN RAJA KUAH KNORR 2016

9:30 AM

Assalamualaikum. Holla ~


Sewaktu berlangsungnya MAHA 2016 di Serdang telah diadakan pertandingan akhir CABARAN RAJA KUAH KNORR (RKK) 2016 pada 9hb December 2016.

Pemenang dari setiap zon (Sentral, Selatan, Pantai Timur dan Utara) telah bertanding untuk memenangi gelaran RKK 2016. Pemenang dari setiap bahagian akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 dengan pakej umrah eksklusif untuk 2 orang.

Pertandingan akhir Cabaran RKK ini diadakan untuk memberikan penghargaan lebih tinggi untuk hidangan masakan berkuah Melayu yang mempunyai populariti hebat di kalangan semua rakyat Malaysia. Untuk 2016, Cabaran RKK diadakan untuk mencari hidangan kuah Melayu terbaik di Malaysia sekaligus menghargai pengendali makanan yang kreatif dalam usaha mereka memberi hidangan yang terbaik dalam salah satu hidangan kuah kari, masak kicap dan masak lemak.


maha 2016, rkk, knorr, juara pertandingan, zon utara, zon pantai timur, zon selatan


Pertandingan ini telah diadakan dengan meriah sekali dan diadili oleh 4 chef iaitu, Chef Celebriti iaitu Chef Jo, Chef Profesional UFS, Chef Mohd Hadzrin Mohd Din, Blogger Makanan terkenal dan Pengasas Projek Blogger Utara, Nor Ariffin Hamzah serta Penulis Buku Resepi dan Blogger, Ruzita Idias Ismail akan menentukan pemenang-pemenang terbaik mengikut kriteria seperti kebersihan, persembahan dan citarasa.

Juara Cabaran Raja Kuar Knorr 2016 telah dimenangi oleh Encik Budiman Bistari Mohamed dari Zon Utara yang bertemakan Hidangan Port Luck Knorr 1Malaysia yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM41,500. Tahniah kepada Encik Budiman. Encik Budiman, 41 merupakan pengusaha trak makanan dari Selangor.


maha 2016, rkk, knorr, juara pertandingan, zon utara, zon pantai timur, zon selatan

maha 2016, rkk, knorr, juara pertandingan, zon utara, zon pantai timur, zon selatan


Hidangan Port Luck Knorr 1Malaysia merupakan resepi generasi turun-temurun dari arwah datuk dengan olahan semula untuk memenuhi tema dan masa pertandingan.

maha 2016, rkk, knorr, juara pertandingan, zon utara, zon pantai timur, zon selatan

maha 2016, rkk, knorr, juara pertandingan, zon utara, zon pantai timur, zon selatan


Terima kasih pada juri-juri dan semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan akhir Cabaran RKK 2016. Cabaran RKK dijayakan bersama dengan penyertaan jenama peralatan dapur komersial Butterfly serta jenama Harmuni untuk santan dan kicap.

Tahniah pada pihak UFS atas anjuran pertandingan ini. Diharapkan pertandingan seumpama ini memberi insprasi kepada pengendali makanan untuk terus mencipta menu2 yang kreatif dan terbaik.


Credit to : Farah Glanz

You Might Also Like

4 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored