TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM CHILI'S, GURNEY

8:00 AM

TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM CHILI'S, GURNEY


TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM CHILI'S, GURNEY // Assalamualaikum. Holla ~ Entri terperuk. Maaf sebab tak sempat nak mengarang. Bukanlah selalu pun jejakkan kaki kat Gurney ni. Seingat aku, baru beberapa kali ja menjejakkan kaki kat sini walaupun dah menetap kat Penang ni bertahun-tahun lamanya.

So, hari tu SYM ajak celebrate last day dia sebagai tenaga pengajar di UiTM. Aku yang memang free ni pun, apa lagi. Lajulah mengiakannya. Motif utama ke Gurney ialah menonton wayang disamping motif kedua ini, yakni Chili's.

Movie yang ditonton hari itu ialah Hotel Transylvania 2. Nanti aku review dalam entri yang lain pasal movie tu na.  Entri ni pasal memenuhi perut-perut comel ini je. Boleh katakan hari tu agak berlapar semata nak makan Chili's, cuma beralaskan popcorn sewaktu menonton Hotel Transylvania 2. Nasib baik, kepala tak mengamuk sakan. *angin*

Disebabkan kejadian ini telah berlaku lama, jadi harga untuk makanan-makanan ini memang aku tak ingat langsung. Nama dia pun aku blur-blur. Maaflah ea. Nanti kalau hampa tengk dalam menu tu, ad gambar-gambar makanan berikut, sila catitkan nama makanan dan harganya sekali ye. Untuk memudahkan proses berikutnya. Hik2.





Untuk air, kami memesan air yang boleh diisi semula (refill). Ada pelbagai pilihan untuk minuman ni, tapi tak semuanya boleh diisi semula ye. SYM memilih air karbonat dan aku pulak memilih air guava. Segelas ni harga dia dalam RM7.90 *harga kasar*




Nachos. Haih ! Boleh dikatakan sebagai signature dish kat Chili's. Terdapat dua jenis dipping sauce. Satu, rasa macam masam-masam sikit. Kalau gambar atas ni, yang dalam bekas putih tu. Dan satu lagi pula, cheese. Tapi, pada hari itu, cheese tu agak pekat, so masa dip tu, agak melekat. Kalau cair sikit, mesti lagi mabeles. Ye lah !! Takkan hampa suka dip dalam sesuatu yang likat kan. But somehow, still sedap !




This is mine and I'm totally lost dengan nama dia. Sejenis ayam yang digoreng dan dituangkan madu diatas nya. Bak kata SYM, masa main course ni sampai dengan portion yang maca tu, muka aku seolah-olah berkata macam, eh ! cukup ka ni ? Tapi, at the end of the day, percaya tak, aku makan tak habis pun. tak boleh nak pi dah oi ! Full of house ! Corn and ayam tak habis. Fries aku dah sental awal2.






Yang ni pulak SYM punya. Signature dish kat sini jugak. Kalau kat menu tu, ada lambang topi. Haa ! Yang tu la signature dish nya. Patty dia ! Mak ei ! Memang juicy. Padat. Sedap. Semua cukuplah ! Recommended. Tapi, kalau rasa perut anda mempunyai ruang yang kecil, bolehlah berkongsi dengan yang tersayang supaya tiada isu pembaziran wujud.





 Nampak tak betapa likatnya cheese tu ? Nak dip pun kemain susah. Aiyakk ~




Lupa pulak. Selain nachos, mash potato jugak adalah side order kami. Mash potato tu, not bad. Not too dry even without gravy. Must try I guess. Overall, memang puas hati makan kat sini dengan portion yang dihidangnya.

Oh ! Titipkan doa untuk arwah ayah SYM yang baru sahaja meninggalkan kita. Semoga roh arwah ayah SYM ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Al fatihah.

You Might Also Like

9 comments

  1. Al-Fatihah buat arwah. Moga ditempatkan dalam kalangab orang2 yg beriman.

    Firah, thanks so much! Akak dah terima gift Firah hujung minggu lepas. Terharunyaaaaa :)

    ReplyDelete
  2. Dipping sauce cheese tu memang marvelous kan! Tapi memang nampak terlebih likat di situ. :)

    ReplyDelete
  3. mash potato tu memang menu wajib kalau gi Chillis!

    ReplyDelete
  4. al-fatihah untuk arwah ayah CT..

    ReplyDelete
  5. al fatihah buat arwah. btw sedap sngt makanan tu

    ReplyDelete
  6. dh lama x gi chillis klcc ;p

    ingtkn jln gurney kat key ell .,

    ReplyDelete
  7. Al Fatihah juga buat arwah ayah SYM, nachos deep dengan cheese ermmmmmm :)

    ReplyDelete
  8. al fatihah buat ayah CT....mak aih!!! semua makanan tu menggoda lah

    ReplyDelete
  9. Cam nak singgah makan sini gak.. Ohsem food..

    Al Fatihah buat ayah CT..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored