TAHUKAH ANDA ??!

11:58 PM

TAHUKAH ANDA ??!


TAHUKAH ANDA ??! // Assalamualaikum. Holla ~ Tahukah anda sebenarnya, ubat-ubat anda yang tidak habis doleh dipulangkan semula ke farmasi klinik kesihatan. *sebab masa baca poster ni, baca dekat klinik kesihatan*

Okeh ! To be honest, aku pun memang tak tahu sampai terbaca poster tu, barulah tahu. Itu pun semasa temankan ibu ke klinik, waktu dia demam panas hari tu. Since phone yang menggila, maka gambar poster itu tidak dapat aku temui. Namun, aku masih nak share benda yang aku baca itu.

Aku cuba dengan sedaya upaya untuk menyuruh neuron aku bekerja dengan pantas dan efisyen semata-mata untuk kongsikan disini. Maaflah sebab lama sangat peram cerita ni. Sampai, gambar pun hilang. Ada beberapa langkah yang aku ingat. Ahli farmasi *Pha Is si Budak Pening* dan yang lain-lain, tolong betulkan kalau aku salah. Berikut adalah antara langkahnya.


1. Asingkan ubat mengikut kategori.
2. Pergi ke klinik kesihatan dan daftarkan diri anda. (ambil nombor giliran)
3. Sewaktu nombor anda "naik" nyatakan tujuan anda berserta ubat-ubatan anda.
4. Hebahkan tentang prosedure ini.

Okeh ! Statement nombor 4, tak boleh belah kan ? Tapi, memang dekat poster tu, ada nyatakan seperti berikut. Ayat yang bebetul, memang aku tak ingat. *kena upgrade RAM* tapi, basically, mecam tu lah bunyinya.

Jadi, sekiranya, ubat-ubatan anda yang terlampau banyak dirumah dan sudah tamat tempoh, anda bolehlah mengambil langkah seperti di atas. Seperti dinyatakan diatas, langkah yang betul mengikut poster, memang aku tak ingat. Tapi, rumusan dari poster itu, adalah sikit-sikit kena dengan langkah dia atas.

Jadi, saat ini, tahukah anda, ubat-ubatan anda yang tidak habis dan sudah tamat tempoh, boleh dipulangkan kembali ? Tahu tak ? Tahu lah kan. Dah tahu, jangan dok saja. Pi belek cepat ubat yang dah tamat tempoh and terlampau banyak sampai hampa tak larat makan tu, boleh plan untuk dipulangkan kembali.

You Might Also Like

19 comments

  1. wahh info yg bagus nih, biasa wak buang je ubat2 tuu., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni boleh return kan ubat2 tu balik... ^_^

      Delete
  2. hemz ternyata begitu ya, memisahkan obat yang sudah expired.

    ReplyDelete
  3. la akak pun baru tahu.. walaupun mak pesara jururawat..hahaha..selama nie ubat yg expired memang terus buang jer ke tong sampah..hehehe..okok lepas nie dah tahu la apa nak buat..thanks 4 sharing darlingzzzzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak.. nasib baik ternampak poster dia kat KK hari tu...

      Sesama kak ~

      Delete
  4. xtau pun ada prosedur kembali kan ubat2 yg dah lama tu
    k.el mmg simpan..pas2 buang
    tapi kalau pulangkan balik kat depa..depa bagi ubat lain ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaf pun baru tahu kak... tu yang kongsi tu...

      Tak tau pulak dapat refund ke macam mana.. sebab tak try lagi...

      In sha allah ~ nanti kalau dah try, Zaf bagi tau..

      Delete
  5. Dekat klinik kesihatan area tempat akak, tak payah ambil nombor. Diorang suruh letak dalam kotak yang disediakan je. Bagus jugak kan, tak delah membazir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh ! macam tu ea..

      Lagi senang macam tu kan...

      Delete
  6. is it ? huhu.. nanti diorang recycle ke ubat tu ? ehehe.. ni kang Phais nampak kena sembur plak
    arwah ayah ada sebeban ubat ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau pulak recycle ke apa ke.. tunggu pha is komen, tak berbalas pulak.. haha

      Delete
  7. mak saya mmg kumpul ubat2 yg xmakan tu..pasw pegi pulangkn kt klinik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ! Baguslah dah pernah buat..

      Ni baru nak try..

      Delete
  8. selama ni tong sampah je tempatkan memang banyak ubat. tak expired pun buang sebab tak suka makan ubat kehkehkeh

    ReplyDelete
  9. Tak tahu pun. Rupanya boleh pulangkan ye. Ok. Next time bolehlah pulangkan ubat yang banyak tak habis dalam peti ais kat rumah :)
    Thanks for the info :)

    ReplyDelete
  10. Selama hari ini dok buang jer.. huhuhuhu..

    ReplyDelete
  11. Baru tau ok....hahhahah...pasni boleh dah gali ubat mana yg tak pakai tu kan

    ReplyDelete
  12. ubt arwah ayah mentua kak ekin byk boleh ke g hantar

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored