MOVIE REVIEW .:. HANTU BUNGKUS IKAT TEPI

6:15 PM

MOVIE REVIEW .:. HANTU BUNGKUS IKAT TEPI



MOVIE REVIEW .:. HANTU BUNGKUS IKAT TEPI // Aku ada satu pe'el yang kira agak susah untuk diubah, Time tengok movie, mesti nak lena. Dah apa pesen ntah ! Wayang tu, jenuh pedo bijik mata ni tak mau bagi lena. Kat rumah, kadang sampai ulang banyak kali baru siap tengok satu movie. Mata ni. Entah !

Sebab dah lama tak memoviekan diri, hari ni aku telah memovie marathonkan diri sendiri. Marathon lah sangat sebab aku tengok dua movie ja tapi ulang setiap movie, dua kali. Tu pun, tetap jugak tak habis tengok. Almost to the end, padam ! Settle ! Celik2 mata, dah habis. Nanti repeat lagi, part last. Dan itu, memang biasa dengan aku.

Kali ni, nak kongsi cerita yang agak lama dah jugak. Kira boleh katakan sebagao tribute to arwah Pak Yus.  Tajuknya ialah, Hantu Bungkus Ikat Tepi. Haaa. Teruk gila an aku, cerita lama baru nak tengok. Ye lah ! Berikut adalah sinopsisnya.



Cerita ini mengisahkan tentang tiga orang rakan baik, Fuad (Tauke Jambu), Fadli (Yus Jambu) dan Fendi (Abam Bocey), masing-masing mempunyai pekerjaan yang sederhana. Karakter mereka nampak seperti berani namun sebaliknya ketiga-tiga mempunyai personaliti berlawanan. Kisah bermula apabila mereka secara tidak sengaja menjumpai seorang lelaki yang berlumuran darah di tengah jalan. Ketika berdepan dengan suasana yang panik itu, mereka mengambil keputusan untuk membungkus dan menanam mayat lelaki tersebut di satu kawasan terpencil. Sebagai tanda, mereka membungkus serta mengikat tepi kain di kepala mayat itu.  Selepas kejadian tersebut, mereka sering kali diganggu dengan kehadiran hantu bungkus ikat tepi yang sentiasa ada di sekeliling mereka. Pelbagai peristiwa membawa kepada petanda-petanda pelik, membuatkan mereka lagi panik dengan keadaan semasa. Kehadiran Mimie (Nora Danish), jiran sebelah rumah yang pada mulanya hanya ingin membantu, namun akhirnya turut sama terjebak dalam perjalanan mereka mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi itu. Dalam pencarian mereka, pelbagai perkara seram dan lucu berlaku sehingga mereka menjejakkan kaki ke Highland Tower untuk mendapatkan maklumat. Adakah mereka dapat menjejaki pembunuh mayat tersebut? Adakah mereka semua selamat? Kalau nak tahu, kenalah saksikan filem ni sampai habis naa.

Bila tengok cerita Hantu Bungkus Ikat Tepi. teringat pulak  dekat arwah Pak Yus. Tengok keletah dia, lawak dia. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman. Al fatihah. 

Assalamualaikum. 

You Might Also Like

25 comments

  1. Hehe.. Senang cmtu.. Nak tidur je buka tv..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Haah.. Tengok tv pun sama.. Atenya, tak larat tdow dah...

      Delete
  2. highland tower yg dh roboh tu keew? x brani wak nk tenok ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah... Yang dah roboh tapi still cun melecun tu.. Ahaks

      Delete
  3. ni la sebab akak malas ajak tengok teater...mahal tau, rugi kalau tertidur...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... alasan accepted ! Tapi an kak, kalau minum kopi bebanyak sesiap, boleh kan? hik2

      Delete
    2. ehehe habis kantoi da.. lagi satu.. kalo ada org banje mesti segar mata tu =P

      Delete
  4. lamanya x singgah sini..blog layout dah berubah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. orang sini pun rindu orang sinun dah...

      Delete
  5. hahaha seram tak ? agak takot sebenarnya. alfatihah utk pakyus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak seram sebab kelakar.. hahaha

      Tak tau lah kalau orang lain.. hehe

      Delete
  6. waima movie ni lawak
    tp bab2 saspen tu mmg kdg2 terkujat gak dibuatnya haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... kalau zaf prepare, tak la terkejut sangat... kalau tak prepaer tu yang terkejut... heh2

      Delete
  7. Tengok teater pun lena hahaha larikkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa.. CP !!'

      Kenapa bocorkan rahsia zaf ? nanti Kak Sal tak mau bawak pi tengok teater.. huk2

      Delete
  8. lama dh tak tengok movie hantu.. hehehe

    ReplyDelete
  9. uit kalo gitu nnt citer yang tengok awak..

    ReplyDelete
  10. tapi ada scene2 terkejut kan ? lomah la gitu..

    ReplyDelete
  11. alaa nak kena cari la CD dia..Al-Fatihah buat Arwah Pak Yus..

    ReplyDelete
  12. bab cerita hantu memang tak layan la takut mimpi

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Be my friend

Sponsored