D Siblings Holiday .:. Pulau Perhentian & Pulau Redang PART 1
1:57 PM
Assalamualaikum....
Hari ni nak pelan-pelan kayuh kasi habis entri tertunggak... short vacay adik beradik kami... tak jauh pun.. dalam Malaysia jugak.. but, at least dapat hilangkan penat berkerja... err.. iolls penat ke kerja.. mihmih... sebelum tu nak cakap, entri ni memang banyak cerita dari gambar...
Mid of May is the choosen date.. why mid of May..?? sebab deme suruh iolls pilih.. iolls pilih ikut tarikh iolls sukalah... tak lah.. sebabnya week by week, ada ja aktiviti nya.. so, pilih tarikh yang tak dak aktiviti and relax sikit...
Macam mana iolls cari pakej untuk ke sana..??? iolls cari merata lah jugak.. sebenarnya at first tak tau pun nak pi mana... and Perhentian bukanlah pilhan iolls.. sebabnya iolls dah pernah pi Perhentian dengan senior BMFA and Wan G serta Nik.. so, kalau boleh iolls nak tempat yang iolls tak pernah pi lagi lah.. tapi, since susah nak cari pakej yang bersesuaian serta tarikh yang cun melecun, makanya back to Perhentian lah jawabnya... tapi,kali ni plus with Pulau Redang... since iolls tak pernah pi Pulau Redang, so decided to accept je lah kan.. lagi pun, kali ni stay dekat Perhentian Besaq which mean tak pernah jejak jugak.. sebab trip dulu stay dekat Perhentian Kecil...
Cari pakej ni pun Dikdik yang cari dekat Twitter.. tapi, iolls yang deal.. bayar depo bagai... plan kan trip ni.. semua iolls lah.. deme follower ja... since iolls dah berpengelaman dulu, so kali ni iolls dah bawak sesiap barang yang tak cukup macam dulu.. antaranya plug extension.. kena bawak ye sebab normally satu bilik hanya ada satu soket... hazab lah beratur kalau ramai ~~ extra foods.. junk foods nak makan lepaih penat snorkelling...
Gerak malam Khamis dari Butterworth.. ohh! lupa.. iolls and abang naik bus dari Butterworth while dikdik dari KL.. part yang geram ni dah timbul awal lagi sebab iolls dah pesan dengan dikdik beli tiket bus turun dekat Kuala Besut or Jerteh.. yang ni pun iolls buat survey kat blog-blog orang.. terima kasih ye ~~ then, dia boleh salah tengok WhatsApp and beli tiket turun Kuala Terengganu.. iolls tanya Ain, berapa lama dari Kuala Terengganu nak ke Kuala Besut...?? dia cakap 2 jam... uolls rasa..?? tak berasap ke kitorang nanti... so, iolls suruh dia tukar balik tiket tu... masa dikdik nak beli tu, dia ada tanya orang dekat kaunter tiket bus tu jugak, kalau nak ke Perhentian, nak turun dekat mana... orang tu cakap, Kuala Terengganu... urgggg ~~~ memanglah boleh, tapi jauh dik non oi... eeiii... kalau tak tahu, cakap tak tahu.. jangan main tibai ja... please lah!!
Membe opis dikdik pun ada nak pi Redang jugak and deme turun dekat Kuala Terengganu... so, dikdik cakap dia tak nak tukar tiket... bikin geram jaaa.... iolls cakap tak nak dengar.. ikut suka lahhh... nanti tak sampai, jangan marah.. barulah dia nak pi tukar.. tapi, orang kat kaunter tu cakap, tak boleh tukar... huh! okeh! fine! so, iolls cakap, kalau bus tu teruskan perjalanan ke Besut, slow talk lah dengan pak cik tu... pak cik yang baik hati pasti akan membantu.. kalau tak boleh, kena naik bus awam dari Kuala Terengganu sampai Kuala Besut.. cerita tamat...
So, pada hari yang dijanjikan, bergeraklah memasing dari tempat permulaan... bus iolls jam 2145.. bus dikdik gerak dulu yakni jam 2030.... iolls naik bus Ekpress Kesatuan... penuh bus malam tu.. agaknya orang nak balik kampung kan.. hehe.. ada lah beberapa mat salleh... maybe destinasi yag sama macam iolls...sepanjang perjalanan, iolls banyak tidur mungkin atas faktor keletihan membanting tulang mencari rezeki disiang hari... heee... iolls terjaga beberapa kali sebab abang tak duduk diam.. dia kerja shift malam, so malam jadi burung kelawaqlah dia kan...
Bus ada berhenti dekat Machang, amek penumpang.. mat salleh jugak.. tapi, iolls rasa macam dalam kampung jugak.. sebab ada rumah-rumah orang... tak dapat dikenal pasti sebab gelap.. lampu bus pun samar-samar.. then, tidur lagi sampai dekat Jerteh... ikut mata memang nak pejam lagi, tapi abang ni.. dia memang tak duduk diam langsung.. potong mood nak tidur.. huh! Jerteh ke Kuala Besut dalam setengah jam sahaja..
Iolls hadap benda alah ni dari gelap sampai cerah ~~
jeti Kuala Besut... hape..?? ingat macam jeti Butterworth... mimpilah ~~~ hahaha...
Safely arrived at Jeti sebelum pukul 0400H.. dengan ditemani oleh mat salleh yang naik bus dengan kitorang..satu couple cina and beberapa lagi mat salleh lain.. WhatsApp dikdik tanya dia ada dekat mana, as usual jawapan dia, tak taw! tak dak aktiviti pun.. semua sibuk buat hal sendiri... jeti pun tak bukak lagi... sekali dikdik WhatsApp, dia tak withdraw duit lagi untuk bayar balance pakej... bikin panaih la ini budak.. ATM dah la jauh... iolls tak bawak banyak spare pun sebab dah tahu bukan guna banyak sangat.. bukan nak shopping LV, Guess or Gucci pun an...
Opposite jeti, ada surau ye.. kalau uolls sampai awal macam kitorang, jangan risau... surau ada je sebelah tu kalau uolls nak pi toilet or nak me refresh kan diri or nak solat... yang itu, haruslahkan...
Dikdik call balik dalam jam 0600 cakap, last pit stop bus tu memang Kuala Terengganu... iolls suruh dia cari bus ke Kuala Besut... iolls pun tak tahu pun bus apa, but in theoritical mesti ada bus dari sana ke sini.. rite? dalam jam 0700 tu dia call lagi.. dia cakap dia dah nak naik bus.. 2 jam sampai lah.. iolls bajet dalam pukul 0900 dia sampailah...
Tunggu punya tunggu, bulan tak timbul-timbul bak kata P.Ramlee.. setiap bus yang lalu, mesti iolls pandang tak lepas dengan harapan menggunung... namun, hampa... pengunjung dah bertukar ganti.. yang sama.. iolls dan pekerja di kaunter tiket kat situ... masa terus berlalu tanpa sebarang perasaan bersalah... 0915H, 0930H, 0945H.. haish.. ini tak boleh jadi ni... call, tak dapat! message, tak dapat! WhatsApp, tak dak double tick! abang dah merungut.. dengar ja rungutan dia, iolls pun dah tak senang duduk...
Untuk pura-pura menyejukkan hati yang tengah panaih, mari ber wefie.. hek hek..
Iolls nak datang sini, iolls deal dengan Remy.. tapi, rupa dia sekali pun iolls tak pernah tengok... biasalah tu kan... iolls bantai WhatsApp and message Remy tu bebanyak kali tanya last boat pukul berapa... hahaha.. sampai tak terlayan dia... dalam 1030H jugaklah baru dikdik sampai... lepas tu, slumber pinjam handphone sapa entah nak call iolls... dia cakap dia dah sampai tapi ada dekat jabatan laut... mana iolls tahu tang mana.. ingat tempat iolls ka ni..?? tak pa lah, adik punya pasal, tanya orang kat mana tempat tu, then pi cari.. cari punya cari tak jumpa jugak.. belengaih dah ni tak mandi dari pagi, marathon time tengah hari terik... hati berkepoi-kepoi dah ni... then, abang call cakap dia dah sampai... huh! patah balik ke jeti.. kenalah sebakul pot pet...
Call Remy lagi cakap angkatan bala tentera dah siap untuk berlepas.. tu lah first time jumpa dia.. kecik ja orangnya... dari sangkaan iolls, orang yang bertubuh sasa.. hehe... kebetulan hari tu memang ramai orang.. dengan group op peoples... as soon as Remy cakap kat akak tu dah boleh naik boat, iolls tarik abang adik "Q" untuk naik boat.. hahaha.. hati tengah panaih memang macam tu... dah tak boleh sabar... tetiga dah seated, baru boleh senyum.. kang kalau iolls tak tarik, ada jugak yang terlepas naik bot lain.. heeee ~~
Since sini ialah kawasan taman laut Malaysia.....
Atenye kenalah bayar caj pemuliharaan.. tak mahal pun.... ehh.. ade Pulau Pinang lah... ^_^
Support ye jangan tak support ~
Alhamdulillah.. laut tak berombak hari tu.. so, tiada siapa dikalangan kami yang berada di atas bot itu yang mabuk laut....
Se "boat" dengan kitorang ni terdiri daripada company trip dari PJ... lupa pulak nama yang duduk sebelah iolls tu... peramah orang dia.... relax borak dengan iolls macam dah lama kenal... heee...
Letih mengarang ni.. nanti iolls sambung lagi.. happy luncheon ~~
Letih mengarang ni.. nanti iolls sambung lagi.. happy luncheon ~~
6 comments
saya org terengganu pun xpernah jejak lagi ke dua2 pulau ni.. hehe
ReplyDeleteAssalam siti,
ReplyDeletehe3
kalo akak pun akak ceramah jugaks
tu kira uols baek la tu 'sebakul' ja adik uols kena
kalo akak kaaaaaaaa
mau setemapayan he3
Seronoknya makan angin di pulau. Akak baca songsang, Part 2 dulu baru Part 1 :)
ReplyDeleteCT banyak kali plan nak p Perhentian tapi x lepas2 lagi hahaha..
ReplyDeletekawan buat hal lah.. tarikh tak kenalah.. macam2 sungguh..
bestkan.. nak p baca citer Zaf yang lain..
Zizie .:. selalu memang macam tu... orang setempat memang jarang pi, orang luar yang teruja nak p.. hehe
ReplyDeleteKak Sha .:. hahaha.. setempayan kak...?? sian lak kat dia nanti.. potong mood.. nanti ngan mood2 iolls hilang.. sobbb
Kak Farrah .:. seronok.. rindu bau laut... terkadang lalu nak g keja, curi2 hirup bau laut.. heee
Siti .:. hahaha... nanti nak p, Zaf bagi contact number... okeh!
nak pi.. taktau bila hahaha.. geng tarak..
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^