KL dengan malang yang tak berbau PART 1
2:00 PM
Assalamualaikum....
Semangat pepagi nak BW and up entri yang menimbun... al kekdahnya tertdoq.. lama pulak tu.. haih.. rugi rugi rugi...
Ingat lagi tak masa bulan 5 (May) hari tu,, iolls cakap my weekend is so tight and tak sempat nak update entri sampaikan entri D siblings holiday pun berapa lama baru nak settle.. haaa.. cerita kali ni terjadi, seminggu selepas iolls balik dari Perhentian.. memang tight schedule ~~
Ke KL ke kita... motif asal nak balik Ampang.. rindu dah ni dekat opah nan satu.. lama tak jenguk... sob sob.. itu lah sesatunya nenek yang masih ada... plan nak gerak hari Jumaat, by bus ja.. tak letih, tak penat, tak menggelabah and so on and so forth... done beli tiket on Tuesday... tapi, abah punya tak beli lagi sebab atas urusan amanah...
Tapi, Khamis malam Jumaat tu, adik abah yang bongsu, Chu called.. since opah stay with them, sebab tu Chu yang called.. deme cakap, deme nak balik Pilah sebab mak mertua Chu, yakni mak mak su yakni besan opah tak sihat.. so, deme decided nak bawak opah sekali.. so, okey then ~~
Tiket dah beli kan.. acano..? kenalah pi jugak.. sambil tu dok pikiaq2 ngan ibu, mana nak stay ni.. ibu prefer to stay at Along's (her oldest sister) place which located at Gombak.. and I was liked.. err ~~ jauh kot Gombak tu kalau nak balik nanti.. naik bus kat Greenwood pun boleh..?? iya kaa...?? dulu situ nak pi Pantai Timur ja... and then, ibu changed to rumah mak cho (kakak abah yang sulung).. and again, I was liked, errr ~~~ Puchong... iolls tak biasa sangat kawasan sana.. nanti sesat barat.. heee...
We still have bilik sewa adik at Kampung Baru or hotel.. tapi, ibu cakap tak nak stay hotel so adik's place is the final stay.. gerak dari Butterworth dalam jam 1530... lapau jugak masa tu... bekalan langsung tak bawak.. selalu memang tak pernah bawak.. alaa.. setakat KL.. apa ada hal.. sat ja... alih2, kebuloq.. nahhhh!! amekkk!! learn your lesson ya Zafirah... bus berhenti kat hentian sebelah yang iolls memang tak tahu nama.. tapi, hujan turun dengan lajunya... iolls yang gagah perkasa ni tetap jugak turun sebab, perut dah buat demonstrasi mintak diisi.. ni kalau real depan mata, iolls kasi lempang ja sekali perut ni.. sabau tak boleh ke.. hek hek... beli sandwich untuk ibu and cikedis for me..
Sampai KL, jalan lelaju teruih naik train pi Kg Baru.. sampai Kg baru pun dah malam...
First time sampai Kg Baru naik train.. jakun sat ~~ tunggu adik jemput sebab tak taw arah tuju.. as soon as dia sampai ja, pepeluk cecium sikit and then terus iolls and ibu cakap kami lapaq kebuloq dah ni.. she said she will bring us to her favourite kedai.. okey ~~ iolls tak kisah janji boleh makan...
Sepanjang perjalanan tu memang banyak gilerr kedai makan.. kira kalau kat situ, memang tak mati kebuloq lah.. tapi, mati kekenyangan.. Malaysia kan.... memang meriah gila keadaan disekitar.. maaf tiada gambar sebab iolls pun tengah jamu mata masa tu..
Sebenarnya dari stesen LRT tu tak jauh pun tapi sebab lapaq, rasa macam lama ja jalan... haih... at last sampai jugak kat kedai peberet dia.. kebetulan, tuan punya kedai ada dekat situ, so dia tarik kerusi and park dekat meja iolls since adik iolls ni pelanggan tetap dia... dia nak berborak dengan ibu lah pulak.... adik memang that kind yang tak kisah kalau kena pi memana sensorang.. cube akak dia yang comel ini... memanglah tidak... ehh bukan tak berani ~~ tapi, nanti iolls nak sembang dengan sapa..?? iolls dah la dikategorikan sebagai pemarah peramah...
Makan, ikan stim limau, sotong goreng tepung, air semuanya base on limau.. yummeh ~~ adik and me kena marah by ibu sebab iolls dedua tak mau makan.. iolls kalau dah letih, memang tak lalu makan.. so, kalau nak tengok iolls kuruih dengan jayanya, silalah beri tugasan yang banyak supaya iolls tak sempat nak menguap.. heee
Makanan kat situ boleh dikira as sedap.. oh yaa ! the owner said, bulan puasa ni dia ada jual makanan goreng-goreng time nak bukak posa tu.. silalah singgah ye kalau yang stay dekat-dekat situ.. kedai tu opposite dengan kedai bawah ni.
Kedai D Lala Seafood ni pun boleh tahan ramai jugak orangnya.. mungkin sedap.. tapi, iolls suka konsep kedai macam ni.. konsep kedai dalam rumah... makan kat beranda rumah orang... tapi, buat macam rumah sendiri.. hehe...
Lepas kenyang, jalan kaki balik bilik adik.. tak jauh, dalam 5 - 10 minit tengok kepantasan anda berjalan... al kekdahnya, adik ada sebijik scrambler... cerita pasal scrambler ni, memang macam-macam sangatlah.. adik beli since rayo cina, tapi sampai sekarang, sekali pun dia tak pernah naik, tersadai ja.. panjang cerita dia.. so, I decided untuk mencuba nasib, mana tahu esok boleh bawak ibu pi shopping naik scrambler.. heeee...
Nak start kan engine motor tu, kemain punya susah.. ada lah beberapa kali dia tendang balik tapak kaki ku.. huh! sentap!! bila dah boleh start dengan jayanya, ada pulak pencemaran bunyi.. mak eii ~~ bunyi dia bapak kuat.. *nampak tak menunjukkan betapa kuatnya bunyi itu....* dah la bukan tempat iolls kan, rasa bersalah pulak dengan kejiranan kat situ.. so, iolls matikan enjin tu balik.. tapi, perasaan berkobar-kobar nak naik itu hado...
Pusingkan moto menghadap ke jalan, hidupkan engine balik... try test clutch, break dulu.. mak eiii ~~ timing tinggi pulak.. cuak oiii !! dah la tinggi kemain... bayangkan, iolls yang mempunyai ketinggian ala-ala model ni pun jenjet kaki je.. hujung-hujung ja tu pun.. dalam hati pikior, ni kalau break emergency, ada jugak yang tersodok ke depan.. tak pun, aku yang kena sodok... haih!!
Dengan hati yang waja, menerukan perjalanan.. pergh !!! feeling habis.. dengan ketinggian itu, dengan kelajuan belum tahap membunuh itu.. dengan jalan yang tak berapa ada kenderaan, memang style lah untuk test kehebatan iolls malam tu... heee.. masuk lorong sebelah kedai D Lala sampai hujung jalan, then masa nak patah balik tu lah jari tersagat jalan.. badan belah kiri sondol kereta.. cuakkkk!!! ada mamat depan tu dah lari ke tepi takut kena sodok jugak.. hilang balance dengan ketinggian and timing dia tu... *ke iolls yang tak reti bawak.. haha...* tengok jari kaki, meleleh dah darah.. lantak lah ~~ sampai kat hujung lorong, moto sesemput, mati... try to start back.. tak boleh.. ciss!! minyak habis....
Lokasi kejadian dengan tempat adik stay memang tak jauh.. tapi, dengan keadaan moto yang berat, dengan kaki tak sampai, tak sesenang nak handle moto kapcai... huh!! dengan berbekalkan tebing jalan, iolls menolak moto itu dengan sekuat tenaga.. nak menuntun, rasa lagi tak mampu.. ada jugak yang terbalik bersama.. heee... sekali datang mamat hensem naik moto ape ea... Belang kot, ingin menghulurkan salam bantuan untuk mengisi minyak.. tapi, iolls menolak dengan penuh sopan.. hoihh!! iolls mana bawak duit sedit pun.. lagi pun iolls malu, tak pernah buat kerja tolak menolak moto dek kerana minyak habis... cehhh ~~~ sampai kat adik, kunci moto teruih naik dengan peluh sebaldi...
and hadiah dia....???
After it happened and darah dah kurang sikit selepas basuh...
Ni hari ketiga ye... malam tu, darah tak nak berhenti pulak.. kuku ibu jari patah sikit.. jari nombor dua luka sikit.. jari tengah, hilang bucu kuku... dengan tangan ketaq, teruih tidoq.. nasib baik tak demam, esok nya.. tapi, dek penagan itu, seharian berjalan esoknya dengan kondisi seperti berikut...
Sisa kuku patah ada lagi... tak nak boh plaster.. ngeri time nak bukak nanti.. biaqlah tisu jadi peneman.. selesai malam pertama, tunggu day two dengan kaki berbalut ye ~~ mih mih mih...
6 comments
la, mesti pedih kan. ... pernah juga keluar tak bawa duit, last sekali bila nak bayar tol baru perasan, nasib ada saki baki syiling dalam kereta. nasib lagi minyak tak habis. semoga cepat baik yer luka tu :)
ReplyDeleteJemput join segmen, Klik Sini.
pedih ngan sakit tu..
ReplyDeletetgk pun terasa pedih..huhu
ReplyDeleteadussss...dan2 rs ngilu tgk darah2 tu
ReplyDelete#bloggerutara
kesian zaf.. nasib baik masa gathering kaki dh elokkan
ReplyDeleteAssalam siti,
ReplyDeleteooohooiiii nyiluuuuuunyaaaaa
#BloggerUtara
Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^