BUBUR ASYURA DAN BULAN MUHARRAM
8:39 AMBUBUR ASYURA DAN BULAN MUHARRAM
BUBUR ASYURA DAN BULAN MUHARRAM // Assalamualaikum. Holla ~ Berkesempatan untuk menonton Tanyalah Ustaz pada hari Sabtu lepas 17-October-2015 yang bertajuk Ikut Sunah. Sebenarnya, tajuk ni sudah dibincangkan pada hari Jumaat lagi. Hari Jumaat pun aku tengok jugak. Dapatlah sedikit ilmu pasal sunah nabi ni.
Antaranya macam kebiasaan orang kita yang membawa air bunga serta daun pandan sewaktu ke kubur. Nabi saw tak buat pun macam tu. Jadi, ianya dikira bidaah. Namun, malaikat suka akan wangi-wangian, makanya sebab itulah menjadi kebiasaan untuk membawa air bunga serta daun pandan. Maka, jangalan kita sandarkan benda ini kepada Nabi saw, sebab Nabi tak buat ye. Tapi, kaa ustaz tu, orang sekarang dah ada kesederan, dah tak bawak dah. Tapi, masih ada yang bawakkan.
Berbalik kepada topik asal, bubur asyura pun tidak dibuat oleh Nabi saw. Yang dibuat oleh Nabi saw ialah berpuasa pada 9 & 10 Muharram yang jatuhnya pada hari Khamis dan Jumaat akan datang, (22 & 23- October-2015). Maka, untuk menghidupkan sunah, jomlah kita berpuasa. Pasal bubur asyura ni pulak, bak kata ustaz tu, buat pi lah bubur apa pun, bubur lambuk, bubur kacang hijau, bubur jagug dan sebagainya serta berilah kepada mereka yang lapar. Mereka yang lapar itu bermaksud, fakir miskin ye. Bukan orang yang baru balik kerja dan tengah lapar naaa ... Jadi, jangalah kita sandarkan bubur asyura ini kepada Nabi saw. Kenapa 10 Muharram ..? Asy ni bermaksud sepuluh dan pada sepuluh haribulan itu jugak banyak peristiwa yang berlaku. *aku tak ingat untuk dikongsikan. Kalau kongsi jugak takut salah*
Dalam kehidupan seharian kita, sedar tak sedar ada banyak bidaah yang kita lakukan. Bidaah yang baik. bidaah hasanah dan sebaliknya bidaah dhalalah. Jadi, sewaktu kita melakukan sesuatu yang bidaah, jangalan kita sandarkan ia kepada Nabi saw kerana Nabi saw tidak melakukannya, namun seandainya perkara itu baik, maka lakukanlah dan jika sebaliknya tinggalkanlah. Macam mana kita nak tahu, sesuatu itu adalah bidaah hasanah mahupun dhalalah ? Ilmu ~ Ilmulah yang dapat memberikan kita panduan yang mana yang betul mana yang tidak. Macam mana nak dapat ilmu, belajarlah ~ bertanyalah .. Tapi, pastikan sumbernya. Jangan main henta saja. Nanti jadi cerita lain pulak ye ..
Ilmu ni terlampau luas. Tak terjangkau luasnya. Maka, janganlah berhenti belajar. Jangan berhenti mencari. Semoga kita terus beristiqomah dalam mencari ilmu .. Yang baik itu datangnya dari Dia, dan yang buruk itu sudah tentunya dari aku. Mohon maaf kalau ada yang salah. Dan andainya, ilmu ini tidak dapat diterima oleh pihak anda, silalah rujuk kepada yang lebih berilmu.
11 comments
Sedapna..saya panggil bubur lambuk
ReplyDeleteohhh ! bubur lambuk sama dengan bubuy syura ea??
Deletebaru tau.. ngeh2
teringat zmn asrama ramai ramai masak bubur asyura ni :)
ReplyDeletetime asrama lagi dah buat..?? hebatnya..
Deletetime asrama, kerja makan ja.. haha
dah lama x mkn
ReplyDeletebolehlah kalau nak buat tu.. nak jugak !!
DeleteTetiba lapar plak perut ni. Hehe.
ReplyDeletehehehe... biasa terjadi kalau cerita bab makan...
Deletesy br tau aritu... bubur asyura ni dibuat oleh sekumpulan penyokong anti muawiyah (kalu x silap). mereka meraikan 10 muharam dgn memberi kacang kpd org ramai. dan kacang itulah dijadikan bubur asyura... wallahu 'alam
ReplyDeletekak ekin bertahun xmkn bubur asyura
ReplyDeletebubur asyura.. sedap tuh..
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^