SETIA SANG KEKASIH

3:43 PM

SETIA SANG KEKASIH


SETIA SANG KEKASIH // Assalamualaikum. Holla ~ Hajatnya semalam nak blogwalking.. nak balas komen.. nak siapkan apa yang patut.. tetapi keadaan mata yang tidak mengizinkan memaksa aku untuk terus tidur.. dengan keadaan mata yang membengkak dan berair, adeh! susahnya nak tidur... pejam punya pejam, tak mau jugak tidur.. sebab geramkan keadaan mata yang langsung tak boleh bukak, aku ke bilik mandi.. hajatnya, untuk merejam muka kedalam kolam.. namun, keadaan menjadi lebih buruk.. langsung tak boleh bukak.. ikut hati, mahu saja aku kejutkan abah untuk bawakku ke hospital... ku sabarkan hati sambil memujuk mata untuk tidur..

Akhirnya, semua tergendala.. tiada blogwalking, tiada sesi balas-membalas komen... pagi tadi bangun, mata masih enggan terbuka... aku paksakan jugak.. dan sekarang, sudah mampu terbuka, namun bengkak tidak jugak surut.. seolah, separuh dari muka turut bengkak.. kenapakah ? mengapakah ? aku juga turut tidak pasti..

Ini bukan kali pertama kejadian seumpama ini terjadi.. sejak akhir-akhir ni, kerap pulak mata ini membengkak... argh ! malasnya untuk ke klinik untuk mendapatkan nasihat doktor.. pada dua atau tiga minggu lepas, sebaik sahaja surut bengkak, kawasan disekitar mata berasa sakit.. adeh ! dengan bantuan jerebu, mata dengan jayanya berasa pedih dan sukar untuk dibuka...



Hampa ada sebarang tips? atau hampa tahu mengapa ini terjadi? kongsikanlah agar aku dapat mengelakkan perkara sebegini berlaku lagi... kesiankan mata kanan.. walaupun "beliau" tidak sakit, namun kerana "kekasihnya" ditimpa musibah, dengan "beliau" sekali berair dan merah...

Nah jamu mata hampa dengan si comel mata bengkak.. jangan ngigau ye malam ni !

mata bengkak

Tapi, sebelum tu, mesti hampa tertanya-tanya, apa kaitan antara tauk dan entri ini kan.. kaitannya ialah, cubit peha kiri, peha kanan terasa.. ehh ! berperibahasa pulak kan.. tak lah ! just nak cakap, walaupun mata kiri yang melampau sakit dan mata kanan sihat seperti selalu, mata kanan jugak terkena tempiasnya... ada tak di antara hampa yang nak jadi macam tu dengan aku.. ? * wink wink*

You Might Also Like

18 comments

  1. Teruk jugak bengkaknya, Firah. Firah ada allergic apa2 tak,...pergilah jumpa doktor. At least boleh dpt antibiotik. Tak delah dia main bengkak hilang bengkak hilang camtu.

    Get well soon,dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadak allergic pape pun kak.. Doc cakap ada benda kotor masuk..

      Ntah ye je Doc tu.. alhamdulillah ~ surut banyak dah hari ni.. thank you kak...

      Delete
  2. semoga cepat2 sembuh Zaf :) amin.

    ReplyDelete
  3. Cepat2 g klinik jumpe doc zaf.. Semoga cpt sembuh..mkn pantang juga tau..takut lg gatai

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kak, tak gatai... tu yang confuse jugak tu.. huk2

      Delete
  4. jumpa doctor la dear..takut makin lama makin teruk

    ReplyDelete
  5. alergic kut...dgn habuk. appaun moga cepat sembuh SN

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far tak de pulak... itu yang musykil...

      kali kedua dah ni.. thank you Kak Gojes ~

      Delete
  6. bengkak teruk gak tu... get well soon.. kena g jumpa doc nih, kalau berlarutan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jumpa doc dah.. alhamdulillah... surut banyakk...

      Delete
  7. ni bukan nak takutkan tau. sori.

    satu kawan kita kena juga, mata bengkak sebab ada benda masuk dalam mata dia. lepas dah bersihkan dengan air banyak2, baru surut. allergic mksudnya tu

    2nd sebab ada darah tinggi. bnda ni jadi dekat housemate. dia mata x boleh nampak. muka bengkak habis

    ReplyDelete
  8. Semoga cepat sembuh ye.. Seeloknya kena dapatkan rawatan dari yang pakar..
    Mencegah itu lebih baik dari merawat.. hehehe

    ReplyDelete
  9. awak.. doc suggest tak soh guna eye drop ? tapi jangan guna selalu tau..
    nenek CT mata slalu brair dia rajin titip eyedrop.. dalam 3 bulan dia slalu guna tu ttb naik selapot..
    dah 1 keje nak buang..

    awak always sedia tuala basah yg bersih.. kalo mata gatal ke bengkak ke..
    pedap kat mata.. jangan guna tangan.. and sesekali tu pejam mata lama2 kasi rest..

    bukan tidoo ehehe..

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored