TEMPAT MAKAN BEST .:. JJCM WARUNG ADIK ABANG, PERMATANG PAUH

2:53 PM

TEMPAT MAKAN BEST .:.  JJCM WARUNG ADIK ABANG, PERMATANG PAUH


TEMPAT MAKAN BEST .:.  JJCM WARUNG ADIK ABANG, PERMATANG PAUH // Assalamualaikum. Holla ~ Entri peram, macam biasa. Cuma belum sampai tahap jadi ikan pekasam. Semalam pun pi lagi kat sini. But, this time with ibu since the first time accompany by first love.

Banyak kali dah lalu depan kedai ni, tapi tak pernah singgah sebab time lalu dah petang or malam. Kedai ni bukak time pagi je tau. Dah nama pun kedai sarapan pagi kan. Nak tahu kat mana ? Nah, dah bagi location untuk memudahkan pencarian ye.




 

So, dah tahu lokasinya, mestila nak tahu apa pulak yang ada kat sana kan ? Kali ni, siap menu aku bawak balik. Silalah tatap. Kalau rasa nak singgah sini, bolehlah buat pesanan mengikut menu berikut. Cuma nak bagi tau, teh tarik kat sini, memang terbaikkk ! Sedap sangat ! Minum sekali, mengigau dibuatnya. Ahaaai teh tarik !




Apa yang aku order? Aku order, Menu 3, Set A. Roti benggali + telur separuh masak (2 biji) dan first love pulak order Menu 2 iaitu roti benggali bakaq dan gulai sardin (kari sardin) .


roti benggali bakar dan kari sardin, warung adik abang,
First love punya

Aku yang punya bukan Ahmad Albab yang punya

Alhamdulillah, kenyang ! Pagi tu, memang ramai gilos orang. Penuh satu warung tu. Semalam pi dengan ibu, ramai jugak. tapi, tak sepenuh masa pi dengan first love tu. Semalam pun still order benda yang sama. Ngeh2

Selain menu dia atas, terdapat jugak nasi lemak daun pilih. Boleh tahan ramai jugak yang beratur untuk mendapatkan nasi lemak itu. Aku pun berkesempatan untuk beratur dan mendapatkan nasi lemak tu. Patutlah orang beratur wei ! Sedap kot ! Aku kira aku lambat sedikit, kerana apabila sampai giliran aku, paru habis. *nangis lelaju*

So far, memang berpuas hati dengan layanan dan service dari warung ni. Tak dak lah cepat sangat. Kalau nak cepat, kena pi fast food lah kan. Fast food pun kena tunggu tau. tapi, yang paling win, haruslah teh tarik tu. Siang malam ai tidur mimpi kan u tau walaupun sebenarnya ai ni bukn peminat teh tarik. Harus bawak Dikdik ke sini. Mesti dia siap tapau teh tu nanti.

Kalau takut tak perasan yang mana satu warung ni, nah aku tinggalkan jejak untuk memudahkan pencarian.






Selamat mencari ! Selamat menjamu selera ! Selamat menikmati keindahan teh tariknya ! Hehehe...

You Might Also Like

9 comments

  1. Sedap pula nampak roti benggali bakar tu....

    ReplyDelete
  2. Akak pernah baca tentang warung ni sebelum ni,..tapi tak ingat dah kat blog siapa ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa... nanti turun Penang, wajib singgah sini pekena teh tarik sedap gilaaaaa

      Delete
  3. Nama gerai yang ohsem.. Suka telur goyang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu tak berapa suka sangat telur goyang, sekarang dah boleh telan dah

      Delete
  4. Ni gerai family Prof Hariz kan

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored