UNPLANNED TRIP TO CAMERON HIGHLANDS
8:00 AMUNPLANNED TRIP TO CAMERON HIGHLANDS
UNPLANNED TRIP TO CAMERON HIGHLANDS // Assalamualaikum. Holla ~ entri tertunggak yang pertama.. iyaaa ~ memang tidak dirancang.. semua terjadi dengan kehendakNya.. muhahaha.. ayat cliche.. sebetulnya selepas menziarah opah, niatnya nak ke Perak pula dengan niat untuk menziarah juga.. atas sebab musabab yang tidak dapat dielakkan, makanya plan berubah.. ikut abah, memang nak balik ja.. tapi, aku meronta ketidakpuasan hati.. *melampaunya ayat... !* dan oleh disebabkan itu, abah tanya, apa plan..? and I said, Cameron ! why ? sebab, tak mau balik Penang lagi.. cuti dah approved, takkan nak lepak rumah ja... no no no ... !
Discussion was made at Tesco Extra, Ampang.. nampak tak betapa tak plan nya trip kali ni.. during makan-makan, and "poisoning" adik's mind to follow us with thousands of idea because she didn't apply for her leave.. oh yeah ! that tengah hari, we ate at Kluang Coffee Shop or something like that.. on the same day juga, terjumpa dengan Dato Jalaluddin Hassan ..
Me, makan... ? no ! still full.. so, teman je deme ni makan... terutamanya adik sebab memula plan lepas makan memang nak hantar dia balik... entah ~ apa entah dia makan ni.. dah lama sangat sampai terlupa.. tapi, not bad ! itu ja yang aku ingat.. tapi,kalau tengok dalam menu, kenai kot !
Setelah berjaya meracuni pemikiran ibu, abah and adik, maka, perjalanan pun bermula... abah drive dulu sampai mana ntah baru aku pulak yang drive sampai dah masuk Tapah baru tukar balik driver.. ohh.. ! okey.. tukar driver dekat RNR Tapah after solat... nah belanja seketoi dua beradik wefie.. ngeee
Setelah selesai menunaikan kewajipan, maka perjalanan diteruskan... since it is Sunday, I bet bilik tak payah book kot no.. most people dah balik.. nak kerja kan esok... perjalanan dari Tapah nak ke Brinchang pada hari kejadian tu, terasa lama sangat.. walaupun kenderaan tidaklah banyak, tapi menjelang maghrib dan matahri semakin malu menonjolkan dirinya menyebabkan pemanduan yang perlahan adalah lebih baik.. dengan keadaan minyak yang semakin merudum ! argh !! mungkin setelah sekian lama tidak ke sana, perjalanan itu membuatkan ia terasa seperti perjalanan yang panjang.. mengikut perkiraan aku, minyak tu cukup untuk sampai ke Brinchang, tapi, atas sebab musabab keselamatan, abah isikan jugaklah si perut tong tu.. stesen minyak yang ada hanyalah, BHP ~ kasi lenjan satu kaliii ... sampai Brinchang lebih kurang jam 8 malam serta disambut dengan hujan renyai2... memandangkan malam tersebut adalah malam Isnin, makanya pasar malam Brinchang yang sepatutnya beroperasi dihadapan beret polis Brinchang, tiada.. okeh ! tak dak rezeki..
Perjalanan diteruskan untuk mencari hotel.. cadangnya nak hotel bajet sahaja.. semata untuk tidur, esok pepagi dah nak gerak.. takkan nak lepak bilik je kan.. tanya punya tanya, dapatlah satu hotel bajet yang aku kira sebagai murah dengan bilik yang selesa... family room yang terdiri daripada dua katil queen berharga RM78.. oke sangat kan ! bilik pun bersih seolah-olah seperti hotel baru.. toilet pun bersih... eh ! memang cantiklah.. namun, kerana kecuaian ku, gambar bilik tiada.. hahaha ~ maaf !
Setelah check in barang, misi seterusnya adalah mencari kedai makan.. seingat aku, sewaktu aku datang dahulu, ada satu kedai makan yang memang ramai orang.. namun, atas faktor camping pada waktu itu, jadi, suasana itu hanyalah sebagai suatu potret... boleh tengok SINI untuk entri camping tu..
Kedai yang terletak di bucu jalan yang berhadapan dengan balai bomba menjadi pilihan.. agak ramai manusia pada malam itu, namun layanan yang diberikan tidak mengecewakan.. service yang agak cepat, senyuman seindah suria.. ecehh ! makanan pun sodap ! kenyang ! maka, sireh pun pulanglah ke ganggang..
Esoknya, aku memilih untuk mandi tanpa menggunakan heater ! argh !! that feeling.. memang best sangat, rasa macam mandi air ais.. tapi, kalau kat Penang, mana nak dapat macam tu.. tu yang pilih untuk mandi fresh water tu.. kalau guna heater, alah.. kat rumah pun ada heater ! mandi pagi tu, memang syiok habislah jika nak dibandingkan dengan malam semalam.. sebab, malam semalam aku menggunakan heater.. walaupun tidaklah pada suhu yang tinggi, tapi, tak dak lah terasa kesejukkan melampau itu !
Sesudah breakfast ala kadar dengan adik, *sebab ibu dan abah dah pi dating awai2 pagi lagi* kemas2 barang dan check out.. oh ! lupa, semalam misi pertama sebelum mencari hotel adalah mencari tiket bus untuk adik.. bus akan bertolak jam 4 petang dan stesen bus terletak di Tanah Rata.. makanya, pagi tu sesi memusing-musing sambil menunggu jam 4 petang..

Hotel Sentosa... walaupun outlook tak berapa cantik, tapi indoor dia memang terbaik lah |
Ni bangunan hotelnya.. bilik kami, tingkat satu yang belah kiri.. untuk yang nak datang ke sini, dan memilih untuk menetap di hotel bajet, aku sarankan hampa pilih hotel ni.. jangan risau bab makan, walaupun kedai bawah tu kedai India, depan sikit tu ada food court.. maka, tak payahlah risau jikalau bab makan.. kat bawah tu jugak ada kedai makan Melayu, tapi untuk pagi tu, dia still tak bukak.. opposite dengan Hotel Sentosa ni jugak ada mini market.. maka, senanglah untuk membeli barang keperluan..
Nak cerita pasal mini market ni, memang dari dulu lagi aku suka kedai ni.. mesti hampa bajet barang kat sini mahal kan as compared to "kat bawah" .. tapi, hampa silap.. sebab, yang aku perhatikan terdapat beberapa barangan kat sini yang harganya jauh lagi murah daripada "kat bawah"... tak dak lah aku belek barangan dalam satu kedai tu, kalau nak belek, baik aku plan satu hari semata untuk stay kat kedai tu... but yeah ! still boleh tersenyum dengan harga kat situ.. nanti bolehlah shopping barang keperluankat sana ye... kedai dia besaq !
Efek camera ni, kekadang menipu jugak ye.. hape aku ni putih sangat sampai macam tu.. ish2.. tak sudah2 membongakk...
Next station, ladang teh.. dapat pekena segelas dua, jadilah sambil menikmati pemandangab yang hijau.. bukan mak kau hijau ye...
Dan setelah itu, jom lah kita fefeeling kat bawah.. ibu tak mau turun, macam biasalah.. and abah, teman ibu kat atas.. takkan lah abah nak biarkan wife kesayagan dia sensorang kan,, makanya, anak-anak dara dia pun buat kerjalah kat bawah tu...
Muka excited ~ |
Adalah dekat sejam kout dia beradik ni dok membanting tulang kat bawah ni.. muhehehe..
Ni pun dekat kawasan Cameron Valley Tea jugak, tapi lokasi yang lain.. seingat aku, kami sekeluarga pernah kesini pada tahun 2004.. saja duduk-duduk sambil mengimbau zaman silam.. hehehe.. suasana lepas hujan dan sememangnya sejuk kat sini, aii ... rasa macam tak mau baliklah...
Adik memang sejenis yang suka snap shot tanpa henti.. maka, banyaklah momen-momen "semegah" aku yang berjaya dia captured.. meh tenok diantaranya...
My kesa |
So far, muka aku time lompat memang semuanya tak semegah... mahap ~ |
Sesi untuk membuka buah silat ~ |
Ohhh ! hari ni jugak dapat satu kejutan.. kejutan bermakna untuk diri ini.. *wink wink* manis-manis madu sangat.. thank you kesayangan through out the way ~ love you lah !!!
17 comments
selalu yang tak plan mesti jadi.. hehehe..best lah kan pi Cameron Highlands.. pekena steamboat dak kat sana..=D
ReplyDeleteunplanned tu yang best..kalau planned mesti tak jadi
ReplyDeletesyoknya dpt p CH
ReplyDeleteasben k.el x suka pi sana..alaaaaaa nak pi jugakkkk
murah dah tu zaf hotel kan, kak ana lama sungguh tak naik CH, kadang-kadang plan macam ni pun okay juga kan :)
ReplyDeleteWah bestnya boleh pi jalan2 sampai Cameron Highland, lama dah tak pi ^-^
ReplyDeleteHaha... ada buat adegan nari guling2 kt ladang teh ala2 hindustan x? Hihi
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteDear zafirah....tengs support kempen kuiz ubat hrtu...
nnt emel kn alamat ye:
reallife.nhhas@gmail.com
kalo xmo email meh ceq yang email ahaha..
Deletepergi cameron aritu time peak season. ya Allah rasa tobat dah takmo pi time cuti2 panjang sebegitu rupa. habsi masa atas jalan je. sebab jem!!!
ReplyDeleteCT pi sminggu lepas abes cuti skolah.. yeah CH bagai daku yang punya.. ehehe..
DeleteBestnya p jalan2 kat Cameron Highland...teringin juga nak p sana...
ReplyDeleteehehehe yang lompat tu best best ehehe..
ReplyDeletememang yang unplanned lagi best kdg2 dari yang plan ehehe..
best nyerrrr.... mmm sy jg yg xsmpi2 cameron lg sob sob sob
ReplyDeleteslalu unplanned mmg mjadi.klau plan bgai nk rak msti spoil
ReplyDeletebest p CH kak ekin tak pernah sampai lg
ReplyDeletePasar malam dh buka hari jumaat&sabtu klu xslp, tp mmg murah hotel tu rm78 utk 2 katil queen....;-)
ReplyDeleteunplanned lagi best dari planned..sebabnya selalu kalau planned mesti tak jadi..pernah tido hotel bajet kat CH harga dalam rm50..
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^