BUKIT KATAK, GUR PETAI .:. HERE I AM !
8:19 AMBUKIT KATAK, GUR PETAI .:. HERE I AM !
BUKIT KATAK, GUR PETAI .:. HERE I AM ! // Assalamualaikum. Holla ~ sounds weird ? mungkin tak pernah dengar dan mungkin pernah.. tapi, mesti hampa tau kala tengok gambar2 kat bawah ni.. tempat ni kan dah jadi viral hari tu.. disebabkan dia dah jadi viral, marilah terjah dan menaklukinya !
Kejadian berlaku Sabtu lepas.. tak pernah pun sampai kat kawasan sini.. makanya, agak sesat baratlah kan.. lalu tepi sungai dan kelapa sawit yang jalan hanya boleh memuatkan sebiji kereta.. seram oi ! silap sikit, ke sungai lah jawabnya.. ada beberapa jalan nak kesini, tapi aku memilih melalui Sungai Dua sebab hasil dari Google Maps, dia bagi jalan ikut situ.. ngeh ngeh .. itu pun, nak masuk simpang kat Lahar Yooi tu pun, terlajak jugak..
Jalan nak masuk sememangnya tanah merah.. memandangkan hari sebelum hujan, maka tanah merah bercampur lopak air.. jadi bersedialah ye dengan kemnugkinan yang ada.. kalau naik motor tu, hati2 ye.. tapi, jangan risau, ramai ja orang naik motor kat sana... dari jauh, nampak orang atas bukit tu kecil ja.. macam semut pulak... teruja hoi walaupun nampak dari jauh...
Jangan risau pasal parking, kerana tersedia parking tanah merah yang luas kat situ.. cuma pilih dan park sahaja.. kalau haus atau lapar, ada jugak gerai2 yang menjual jajan atau makanan ringan seperti rojak atau goreng2 seperi nugget dan adik beradiknya..
Memandangkan handset aku sudah selamat dikebumikan, makanya aku telah menggunakan khidmat camera kesayangan untuk membantu proses penggambaran.. dan harus diingatkan ye, yang kelihatan seperti kabus itu ialah jerebu.. dan kerana kesuntukkan masa juga, tiada model sambilan yang berjaya aku mengorat untuk dibawa ke sini, maka terpaksalah aku sendiri yang menjadi modelnya.. jangan marah haaa... sila sediakan plastik di tepi anda jikalau rasa nak muntah... *persediaan awal*
Sudah.. mari meratapi menatap gambar2 yang disediakan dengan riang.. ohh ! untuk adik, kalau baca entri ni, kalau adik nak pi, nanti adik balik kita pi naa.. sorry, termungkir janji.. ter pi dulu.. ngeh ngeh ngeh....
Kawasan disini memang berbatu merah dan disesetengah tempat tertentu, agak licin.. jadi, jikalau bercadang untuk ke sini, sila pastikan kasut mahupun selipar anda mempunyai tapak yang sangat awesome untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini...
Kawasan berbukitnya boleh dikatakan agak tinggi.. namun, pada hari kejadian, aku telah terjumpa dengan seorang yang boleh ku gelarkan sebagai nenek berada di atas tu, seperti gambar no 2 dia atas.. bukanlah pada puncaknya, namun aku masih respect pada nenek itu kerana mampu untuk memanjat setinggi itu.. eh ! malulah anak muda macam hampa, tapi takut nak naik.. jangan gunakan alasan selipar atau kasut hampa licin naa.. kan aku dah pesan awal2..
Pemandagan dari atas Bukit Katak.. bukan dari puncak, tapi masih nampak keadaan sebegini... tapi, mesti anda tertunggu-tunggu tempat yang viral tu kan.. kalau nak tengok tempat tu, kena panjat lagilah.. silakannn....
Dan setelah peluh merembes, maka anda akan bertemu dengan tempat yang disebut-sebutkan itu.. terasa hilang penat mendaki... terasa bukan berada di Malaysia.. kehijauan airnya membuatkan anda berasa, haihh... betulkan ini di Penang ? haaa... bukti ada depan mata kot... aku banggan jadi anak Penang.. *dan2...*
Dan bermulalah sesi bergambar bersama dengan tuan tanah.. janganlah kutuk melampau.. sentap ai tau.. sikit-sikit tak pa lah sekadar nak bagi sebakul dua pahala hampa.. aku pun tak kisah.. ngeh ngeh ngeh...
Cantikkan.. ? dah kalau dalam gambar pun cantik, realitinya apa ntah lagi...
Selfie dengan camera memang susah nak agak jika nak dibandingkan dengan handphone yang mempunyai camera dihadapan.. makanya, terlebihlah muka aku jika nak dibandingkan dengan panorama sekeliling... harap mahap ~
Tu haaa... ataih tu, lagi tinggi.. anda sanggup, panjat lah.. tak sanggup, dok situ dendiam.. aku.. ? haruslah sanggup.. kann !
Dalam banyak2 gambar, aku paling suka gambar kat atas ni.. entah ~ rasa berkenan pulak.. mak cik.. ! nak buat menantu tak.. ? heh heh heh...
Ni lah puncaknya.. ups ~ ada lagi satu.. kat situ ada bendera negeri Pulau Pinang.. tapi, disebabkan ramai orang, tak daya aku nak mendaki untuk ke situ.. oh Bukit Katak ~
Nah ! payung gambar muka tak semegah sekeping.. asyik muka bajet comel je.. jadilah kan bahan nak dibuat modal.. kan kan kan.... !
Mungkinkah tempat ini akan terus berkembang maju ? atau sekadar macam ni sahaja ? hampa dok tunggu apa lagi ? pi la lekaih... kot esok nak masuk kena bayaq duit pulak ka.. mesti hampa rasa rugi sebab time free dulu, hampa tak mau pi.. ngeeee ....
Sebelum balik, aku sajikan lagi sekeping gambar dari kedudukan bawah pulak.. iya.. dari bawah macam tak cantik sangat... macam tak cun sangat.. tapi, dari atas.. subhanallah ~ cantik sungguh ciptaan Dia kan... walaupun sekadar bekas lombong.. tapi, air yang hijau itu telah menghidupkan kawasan ini...
36 comments
ramai dah orang gi sini ek..dulu arz moha kata tempat ni sunyi je..
ReplyDeletep/s: tak ajak Siti Humairah ke?hehe
dulu sunyi...dahaga jenuh nak cari air...sekarang dah ada orang juai air...
Deleteheh2.. SYM dok sibuk membaja anggur.. hahaha
DeleteArz.. awat tak terjun je kalau dahaga..?? minum sampai kenyang... ^_^
Deletekalo diajak pun rasanya budak tu tamo ekot.. dia tempat ekon ja on ahahaha..
DeleteSYM kat puteri lilin.. naik bas HOHO pun nak pakai sunblock.. hehehe
Deleteahahaha.. tempat ekon je ea?
DeleteEscape tadak ekon acano..?
escape ada pokok2 boleh berteduh hehee.. rasanya Phais ni dah join geng Arz la..
Deletenak kena jeling selalu Phais ni..
koooomain dia ahaha..
woh...dh smpai ek?cntik no dr atas..
ReplyDeleteyes ! finally.. ngeh ngeh ngeh
Deletecantik kakk.. ! serius.. !
ms kat bawah tu tak berape cantik view..bila dah kat atas tu fullaaweii cantiknyer..tapi sayang kami takleh p dgn anak2 kecik ni..dah ler dua2 lasak..kan tak pasal2 jd tragedi Oktober..hihihi
ReplyDeletetragedi oktober ya kak murni
Deletehahaha.. jangan kak !
Deletesatgi danish and alysa dok berkuak rentang pulak dalam tu.. jenuhhh
Arz.. tragedi Oktober sebab bulan Oktober.. kalau bulan Mei, jadilah tragedi Mei..
DeleteKan Kak Murni..?
masa mula-mula ke sana tak ada bendera, tak ada apa-apa tulisan pun. orang pun tak ada.....
ReplyDeletetahniah Zaf kerana berjaya menakluki bukit katak
Arz pioneer... pioneer dia memang lain macam sikit.. haha'
DeleteThank you Arz ~~~~
ada jumpa makhluk yg viral dlm wasap tu x hehe
ReplyDeleteok nti nak pilah kt sini tp kids no allowed lah kan risau pulak
Makhluk yang viral..?
Deletetadak pulak.. makhluk mausia, ramai lahhh ...
makhluk tu pun dah takot skarang kak.. takut ngan manusia..
DeleteAah la, dari bwah mcm biasa je..
ReplyDeleteDr atas mmg cantek!
ya la kat bawah nampak biasa jer.. bila tengok dari atas memang cantik betul..
ReplyDeletesampai hati awok x ajak kite.. *drama* awak jalan2 cari tempat baru x ingat kite.. *drama*
ReplyDeletetapi dah ramai gila orang.. lepas ni harapan le muka Arz nak kuar kalo orang search tempat ni kekeke..
hahaha...
Deletehahaha.. muka arz dah jatuh bawah sikit dah sekarang.. ahahaaha *gelak jahat*
Deleteyes yes !!! mari kita post banyak2 gmbr tempat ni..
DeleteWaa.. Satu lagi tempat yg wajib kena pergi !
ReplyDeletejom YS.. serbuuu !!!!
Deletesaya dok penang saja, tapi x pernah pi lagi.. hari tu masa weekend, family ada pergi, tapi saya tak dapat ikut sbb keje (T_T)
ReplyDeletetu lah... orang lain dah sampai, kita baru nak sampai..
Deletetak pa.... nanti boleh singgah lagi.. dekat kan dengan rumah..
SN...banyak katak ka d sana? apasal nama bukit katak?
ReplyDeleteair dia mmg hijau erk? mesti xde hidupan d situ kan
nama Bukit Katak tu dapat dikenal pasti pulak..
Deletenanti kena tanya orang2 tua kat sana..
aah.. air dia memang hijau... dalam tu macam tak nampak ikan pun.. orang mancing pun takdak..
air hijau orang kata tanda air tu dalam. mana tau nanti satu hari jadi macam tandom hill dekat banting tu kannnn
ReplyDeletehaah.. hijau = dalam...
Deletekenapa dengan tandom hill tu? okeh! kena Google..
view dari atas cantik sangat
ReplyDeleteCantiknya view pemandangan dia dari atas dik...warna air dia kehijau-hijauan lah...
ReplyDeletewahh tingginye, kalo jatuh mesti kebawah., ngehngeh2
ReplyDeleteTerima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^