KOPI CUP SETT & CO @ PARIT BUNTAR

8:30 AM

KOPI CUP SETT & CO @ PARIT BUNTAR


KOPI CUP SETT & CO @ PARIT BUNTAR // Assalamualaikum. Holla ~ last Saturday ibu asked me to accompany her to Pasar Kemboja and this is not my first time here...  tengok sini dan sini.. okeh ! itu yang aku captured kan ceritanya disini.. yang aku tak captured kan, entah berapa kali pulak..

Hajatnya nak teman sahaja.. idaklah mahu beli apa-apa pun.. tapi, dekat hujung-hujung tu, melayang jugak RM10.. argh ! biarlah... heee.. !sementara menunggu ibu memilih tudung, terpandangkan ini..

kopi sedap, teh sedap, parit buntar, green tea sedap


Terpandangkan Ice Green Tea sahaja sudah membuatkan tekak ku meronta-ronta... apa lagi, sambil jeling- jeling terus buat keputusan untuk membuat pesanan.. yang mebuat pesanan hanyalah sorang dan orang tidak putus-putus.. makanya, hampa haruslah bersabar ya..

Yang aku perasan, untuk membuat Ice Green Tea, dia telah menggunakan daun teh itu sendiri instead of menggunakan serbuk.. ka aku sahaja yang baru tau ? patutlah rasa green tea ni sedap. sebab ia nya fresh.. selama ini, aku ingat dia menggunakan serbuk green tea.. oh yaa ~ lagi satu, pesanan dibuat secara terbuka ya tidak seperti di sesetengah kedai yang dibuat secara sorok-sorok.. jadi, hampa memang akan nampaklah bagaiman air hampa itu dibuat...


kopi sedap, teh sedap, parit buntar, green tea sedap

kopi sedap, teh sedap, parit buntar, green tea sedap


Dengan cup sebesar itu, hanya berharga RM4.00 .. uish ! memang puas hatilah.. mahu nya tidak! ni kalau dekat, boleh saja jadikan menu harian.. nasib baik baik jauh.. rasanya, memang sedap nak pulak ibu menyuruh dia melebihkan susu.. umph ! power habis... !

Kemudian ke kedai berhampiran untuk makan tengah hari.. kali ni, ibu sahaja yang bersantap manakala anakanda ini duduk sambil temankan ibunda nya.. kenyang lagi, so decided untuk tak makan.. dan untuk makan tengah hari itu, kami berdua berkongsi air dari KOPI CUP SETT & CO tadi.. rasanya, masih tetap sama walaupun keadaan cuaca yang panas telah mempercepatkan prose kondensasi mungkin faktor lebihan susu tadi.. ^_^

Aku tak tahu kalau KOPI CUP SETT & CO ni ada cawagan lain selain kat sini.. so, kalau hampa nak cari yang kat sini punya, boleh tengok map kat bawah..





Selamat mencari dan selamat mencuba ~

You Might Also Like

27 comments

  1. ramai orang dah cuba..akak jer blom lagii..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. akak nak tunggu CP belanja kann... haha *tetiba..*

      Delete
  2. Banyak pulak gerai macam ni sekarang. dah jadi trend.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tu... tapi, kat Penang tak macam cendawan tumbuh selepas hujan lagi.. heee

      Delete
  3. dah jadi trend kedai mcm ni
    nak bukak satu lah
    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita jadi share partner..

      mana tau, rezekiii... hik2

      Delete
  4. Salam singgah sini... Akak pun kalau ke bandar mesti beli punya....sedap rasa dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye !

      Green tea memang sedap kan..

      Ehhh ! cup.. kat sana ada Kopi Cup Sett & Co ni jugak..?

      Delete
  5. Coffe cup ni saya belum rasa....KKN dah rasa....

    ReplyDelete
  6. Nanti balik Bagan Serai boleh pi terjah situ...

    ReplyDelete
  7. nice sangat! kita suka green tea. nanti boleh try! :D

    ReplyDelete
  8. Bestnya.. Tapi masih belum berjaya jumpa kedai ala-ala cengginie walaupun tumbunya ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.. Kat belah2 akak nie xde.. ke akak yg x perasan.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cendawan tak sampai sana lagi tu kak.. on the way ~

      jerebu kan.. tak nampak jalan tu.. hik2

      Delete
  9. yang ni ceq nak mogok.. tahukah anda.. rumah saya dan pasar kemboja hanya 20 minit saja jaraknya ? mengapakah tuan hamba tidak mengkhabarkan pada beta ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong jangan mogok.. adeh !

      okey ! lepas ni, kalau jejak lagi kaki kesini, kita roger...

      Delete
  10. Jauh nun di sana.. Esok lusa ada rezeki ke situ boleh ler serbu xD

    ReplyDelete
  11. aah betoi. kalau green tea dia guna serbuk teh. ada aritu kirim kat kawan beli serbuk teh hijau tu dekat padang besar. rasa dia memang hampir sama dengan boorders tea ke ape tea tu. cuma susu kita guna tu sama ke tak dengan yang dorang guna. untuk hasil kesedapan tu haaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah ~ nak beli jugaklah.. boleh buat sendiri lepaih ni.. tak payah beli dah.. hehehe

      Delete
  12. Kami ada 18 cwangan seluruh Malaysia. Boleh search FB Kopicup my ok tuan/puan. Tq in advanced atas review ni. Yg baik dtg dr Allah :)

    ReplyDelete
  13. Kami ada 18 cwangan seluruh Malaysia. Boleh search FB Kopicup my ok tuan/puan. Tq in advanced atas review ni. Yg baik dtg dr Allah :)

    ReplyDelete
  14. kami jasa cetak cup di indonesia, bilamana ada yang hendak call me di +62087701113100 atau tengok website kami di www.rumahsablongelas.com

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored