TANDA 100 HARI KEMATIAN
7:30 AM
Assalamualaikum.. selamat pagi uolsss... Monday blues ~ hoping everything will gonna be fine today!! aja2 fighting...
Semalam pagi berkesempatan mendengar Tanyalah Ustaz dengan tajuknya "urusan Terakhir"... terpaut dengan isi kandungannya.. antaranya ialah... tanda2 hari sebelum kematian..
Jom bace sikit tanda 100 hari kematian....
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya sahaja.. walaubagaimanapun, semua orang Islam akan mendapat tanda ini.. cuma samada kita sedar atau tidak sahaja...
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar... ianya berlaku dari bahagian pusat ke bawah dan akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil..
Bagi mereka yang sedar dan terdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang, setelah seseorang itu tersedar akan kehadirannya... maka dengan kehadiran tanda inilah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan yang akan dibawa dan urusan yang bakal ditinggalkan selepas mati kelak...
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat....
Esok sambung lagi dengan tanda2 yang berikutnya pulak ye... Selamat bekerja... dan selamat beramal ~
0 comments
Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^