Tazkirah Jumaat #4 .:. Sedekah Barakah

10:00 AM

sumber .:. Tanyalah Ustaz Siaran TV9 (Dekat di hati)
Tarikh .:. 5-Disember-2014
Tajuk .:. Sedekah barakah
Kuliah dari .:. Maaf tak tahu nama ustaz tu

Alhamdulillah.. hari ini sekali lagi diberi kesempatan untuk menghadirkan diri ke majlis ilmu walaupun hanya didepan tv.. rezeki yang tak semua orang dapat.. tak semua orang berusaha untuk itu... termasuklah aku...

Hari ini ceritanya pasal sedekah.. macam biasalah aku mesti terbukak siarannya lambat sikit sebab uruskan hal2 lain dulu... ntah hapa ntah.. bukak tv pun lambatkan...

Untuk hari ini, yang mana aku dapat, aku share ye... semoga kita dapat manfaat bersama..

1. Bila kita bersedekah dari sumber yang baik, Allah hapuskan dosa2 kecil kita namun jika sedekah kita itu dari sumber yang haram, kita takkan dapat apa2.. Rasulallah s.a.w. pernah bersabda kejahatan tidak akan dapat menghapuskan kejahatan..

2. Sebelum kita nak bersedekah kepada orang yang lebih jauh daripada kita, pandanglah kiri kanan bawah atas terlebih dahulu.. Yakni ahli keluarga kita... Contohnya macam nafkah seorang suami kepada isteri, bila niatnya sedekah.. InsyaAllah, sang suami mendapat pahala... sang isteri pun dapat jugak bahagiannya apabila wang itu digunakan untuk membeli barang dapur lalu memasakkan untuk sang suami dan sang kura2 anak2...

3. Sedekah yang diwar2kan... sekiranya niatnya untuk menggalakkan orang untuk bersedekah, maka itu ada bahagian untuk dia.. namun jika ianya untuk dibanggakan, maka tiadalah bahagian untuknya... contohnya nak buat event nak kumpul dana untuk Palestin.. pastikan tiada sebarang unsur maksiat sewaktu event itu berlangsung..

"1 dinar yang dibelanjakan untuk jalan Allah, 1 dinar untuk membebaskan hamba, 1 dinar kepada orang miskin dan 1 dinar kepada ahli keluarga, nilai yang terbesar adalah 1 dinar kepada ahli keluarga"

Nak dikatakan disini, sebelum kita nak bantu orang lain, pandang pandang jeling jelinglah ahli keluarga kita dahulu.. mungkin mereka juga memerlukan tapi kita abaikan mereka.. kita nampak kuman yang diseberang lautan padahal gajah depan mata, tak nampak...

4. Sedekah kepada orang yang tidak mengerjakan solat didalam Islam adalah tidak digalakkan. Namun, berbalik pada niat.. kalau sambil menghulur, kita menyuruh dia kembali kepada jalan Allah, insyaAllah... moga pintu hatinya dibukakan...

5. Bila kita hendak bersedekah, kita haruslah mempunyai baki wang untuk dibelanjakan.. Islam tidak suka kita meminta2 kepada orang lain.. ada suatu kusah di zaman rasulallah s.a.w. dimana datang seorang yang ingin bersedekah kepada rasulallah s.a.w... namun dia hanya memiliki emas sebesar telur dan sekiranya ia memberinya kepada baginda, dia tidak memilik apa2 lagi.. dia ingin bersedekah juga kerana orang lain turut bersedkah.. rasulallah membaling emas itu kembali.. sahabat berkata andainya emas itu terkena kepada pemberinya, haruslah pemberi itu tercedera.. ini menunjukkan betapa marahnya rasulallah s.a.w. kepada dia.. rasulallah s.a.w. berkata, ambillah kembali hartamu.. kamu lebih memerlukan daripada aku..

6. Sedekah kepada diri sendiri... contohnya macam membeli pakaian.. Islam menganjurkan kita untuk berpakaian yang indah2 sewaktu ingin menghadapnya... ini tidak, pergi ke masjid pun pakai baju selekeh ja.. pakai jersey ada tulis nama player dekat belakang... makmum yang dibelakang saf tu pun tak khusyuk nak solat.. dok baca nama player tu..

Itu lah sedikit sebanyak yang aku pungut.. segala yang buruk itu datangnya dari aku sendiri, dan yang baik itu datangnya dari Allah.. mohon tegur kalau ada yang salah.. Salam Jumaat..

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored