Tazkirah Jumaat#5
3:15 PMMaaf hari ni terlepas sesi Tanyalah Ustaz.. maka tazkirah pada hari ini juga tiada... tapi, ada terdengar slot Ustazah Bahiyah sekejap tadi sebelum keluar lunch.. kisahnya pasal "kematian"..
Ya Allah.. "terpukul" hati ini mendengarnya... antara yang aku ingat... ada seorang nabi ni nak sangat tengok muka malaikat maut.. lalu Allah tunjukkan padanya... lalu, dia pengsan... bila dia tersedar dari pengsan, lalu dia berkata... Ya Allah, seksanya tengok muka malaikat maut.. macam mana nak tanggung dosa2 kita yang lain tu....
Ada satu kisah lagi tu, pasal seorang anak yatim.. ayahnya syahid.. suatu hari dia bermain dengan kanak2 lain dan dia terpandangkan ayah kanak2 lain.. lalu dia balik ke rumah dan bertanya kepada ibunya.. dimanakah ayahnya.. lalu ibunya menjawab, ayahmu syahid.. lalu dia berkata kepada ibunya yang dia ingin berjumpa dengan rasullallah s.a.w. .... ibunya membenarkan...
Sewaktu berjumpa dengan kekasih Allah, dia menyuarakan hasrat hatinya untu mengikut Baginda.. berjuang bersama... dia ingin sekali syahid agar dia dapat berjumpa dengan ayahnya.. lalu kekasih Allah berkata kepadanya, "kamu masih kecil dan masih mempunyai ibu.. pulanglah dan tanyalah kepada ibumu jika dia membenarkan.."
Lalu pulanglah kanak2 itu kepada ibunya dan menyuarakan hasrat hatinya.. ibunya membenarkan dia pergi dan redha jika dia juga syahid dijalanNya.. lalu dia mengikut Baginda rasullallah s.a.w. Sifat Baginda yang menyanyangi kanak2 menyebabkan Baginda sentiasa berada dekat dengan dengan budak itu untuk memeliharanya... tapi, akan terpandangkan anak panah musuh yang ditujukan kepada rasulallah s.a.w. , budak itu menghulurkan tangan agar panah itu mengenai tangannya.. namun, panah itu menusuk ke badannya... rasulallah s.a.w. memangku budak itu dan bertanya apakah pesanan mu.. lalu berkata budak itu kepada rasulallah s.a.w. sampaikan pesanan ini kepada ibuku.. yang aku dan ayahku akan menunggunya di syurga...
Allah.... betapa besarnya pengorbanan ibu budak itu.. sanggup melepaskan anaknya yang berusia sepuluh tahun untuk berjuang dijalanNya.. lalu syahid.. dimanakah kita pada hari ini.. peringatan ini ditujukan kepada diri sendiri jugak..
0 comments
Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^