Perut puasa punya idaman

1:03 PM


alhamdulillah... tiba juga hari yang dinantikan... yakni Jumaat.. seperti biasa, Jumaat hari bercuti.. seronok ai... minggu ni kerja sangatlah overload... so, that cuti 1st day ni, rasa macam... indahnya dunia... *metafora ja lebih kan...* 

semalam puasa... time tu jugaklah perut ni teringin nak makan gulai ikan, tapi kuah saja with ayam goreng.. sebab semalam dah janji nak makan siakap stim limau dengan ibu, so plan nak masak gulai, hari ni lah...

oh.. semalam berbukak puasa dekat Marton corner ka Marton tomyam ntah.. ala, yang dekat dengan Nurul ikan bakaq tuh.. tak tau..? dekat kuarters maritim.. tak tau..? ala.. yang belah kiri jalan masa turun bridge jalan menghala ke Queensbay Mall tuh.. tak dapat..? arghh.. google sendiri lah.. haha

first time and quite long time ago, pernah makan ikan siakap stim limau kat kedai ni.. rasa jatuh cinta sangat.. sedap ~~~ cukup pedas, cukup masam.. nak pulak masa tu makan dua orang ja dengan ibu.. aish... mengelembung perut ai tau.. masa tu tak tau yang ikan stim ni kuah dia banyak.. ingatkan kuah dia ciput saja.. bantai plak order tomyam, memang tak berusiklah tomyam tu... sudahnya, tomyam tu cedok lauk ja.. hehe...

disebabkan abah & adik, tak suka siakap senohong ikan duri, selain dari siakap 3 rasa, kami berdua dah tak pernah makan ikan stim limau lagi.. T_T
sebab semalam puasa, sebab tu janji nak date dengan ibu... order tak banyak pun, siakap stim limau, sotong gerung tepung *aku memang penggila tegar sotong* dengan sayuq campuq ja.. I prefer sayuq daun but then ibu cakap if sayuq berdaun, takut batang dia ja yang banyak... daunnya, 2 3 helai.. haish... 

tapi, semalam rasa tak best sebab kuah dia tak sedap macam dulu.. dulu makan teringat sampai sekarang... semalam makan, hari ni dah tak ingat.. nampak tak metafora dia kat situ..? hehe...

hari ni kan promise dengan diri sendiri nak masak gulai and ayam goreng.. tetiba terasa nak tukar selera.. haish.. ni mesti perut puasa yang mengidam semalam.. time puasa memang macam ni kan.. menu hari ni, telur bistik dengan ikan goreng.. hehe...


lighting tak cukup.. 
gambaq gelap... 
mahap ~
Pantun 2 kerat untuk hari ini...

selamat menjamu selera........

You Might Also Like

4 comments

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored