Sahabat ~

8:27 PM




Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Assalamualaikum.. Salam Ahad ~ hari ni last cuti.. bagi orang Pantai Timur dan Kedah, hari ni hari pertama bekerja kan.. 





Tertarik dengan hadis di atas... sepanjang perjalanan hidup yang tak seberapa lama ni, dah jumpa bermacam orang.. dan bakal berjumpa dengan bermacam orang lagi...

Dari mereka yang saya kenali, ada yang bau wangi dan ada yang bau besi... ada yang lagi teruk pun hado ~ sewaktu umur meningkat naik, acap kali mudah terpengaruh dengan kawan.. semua kawan.. sikit2 kawan... aku teringat dulu masa sekolah menengah.. aku kena marah dengan ibu.. ai kan hati macam span masa tu.. so, setiap kali kena marah, mesti nangis.. even, kena marah sikit.. hati ai kaca sangat masa tu... berbalik pada cerita kena marah tu.. disebabkan kena marah, ai lari masuk bilik.. then, dalam bilik tu ai potpetpotpet lah.. antara benda yang ai cakap masa tu, kalau tak dak family pun tak pa lah.. boleh hidup dengan kawan2...

Pangggg ~ kenapalah aku boleh cakap macam tu dulu.. astaghfirullahalazim.... kalau aku mampu ulang waktu dan ketika itu, aku takkan sama sekali cakap macam tu.. nak dijadikan cerita, maybe masa aku tengah cakap macam tu, ibu trdengaq... then, tak lama lepas tu ibu cakap, pi lah hidup dengan kawan.. biaq kawan bagi duit... biaq kawan bagi makan... pangggg ~~ baru tersedar sikit masa tu.. tapi, kesedaran dia tak macam sekaranglah....

Ibu Abah, maafkan kakak... 

Membesar dan terus membesar... dalam perjalanan tu, banyak lagi yang aku jumpa.. tapi, alhamdulillah.. masa zaman universiti, Dia jodohkan aku dengan kawan se course mate, kawan serumah yang menjual minyak wangi.. sikit sebanyak, tempias wanginya kena kat aku... sampai hari ni, wangi itu masih melekat... 

Dalam dunia ni, kita bakal menemui ramai orang.. tapi, kita kenalah pandai memilih yang mana kaca dan yang mana permata.. beranilah untuk berusara untuk diri sendiri... kalau terlampau nak ikutkan orang, haishh... susah  jadinya...

Sebagai pesanan untuk diri sendiri dan orang yang sudi membaca.. ^_^ 

Jadikan yang lalu pengajaran, agar hari esok kita tak lagi buat kesilapan yang sama....




You Might Also Like

4 comments

  1. Perkara biasa bila membuat kesilapan sewaktu baru nak mengenal baik buruk dunia.. Yg penting jangan terus hanyut. Kena set alarm reminder utk diri sendiri. Tapi, itu yg susah jugak tu..

    ReplyDelete
  2. kan.. sedih pulak bila teringat zaman dolu2..

    ReplyDelete
  3. Same la ayu dulu.. bile dah besar cmni baru rase berdosanye penah melontarkan kate2 yg xsepatutnye dulu.. nak2 skg bile dag bergelar ibu... rase xtrtanggung dosa bile pernah sakitkan ati mak dulu

    ReplyDelete
  4. Ayu .:. Sedih kalau teringat zaman dulu2.. time mintak mahap mseti berjurai2 air mata sebab teringat apa yang dah pernah buat.. huk2.. semoga Ayu menjadi ibu yang terbaik buat Firash dan adik2nya...

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored