Tazkirah Jumaat #1 .:. 10 Wasiat Imam Syafie Kepada Muridnya

4:51 PM

Diriwayatkan, sebelum Imam Syafie kembali ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai.

Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: “Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

Pertama: Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. (bersederhana adalah lebih baik)

Kedua: Hak kepada malaikat maut – mengqadakan kewajipan yang tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah. (maakan ai kalau ai pernah membuat kalian sakit hati)

Ketiga: Hak kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi. (InsyaAllah... akan berusaha untuk kesitu...)

Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. (mohon tegur andainya ada khilaf)

Kelima: Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) – menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan. (hehe.. kena banyak tazkirah diri sendiri lagi....)

Keenam: Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) – membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh: Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) – menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak. (sedang berusaha..... moga dipermudahkan..)

Kelapan: Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) – berasa reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Kesembilan: Hak Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.

Kesepuluh: Hak kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

copied from http://myibrah.com/10-wasiat-imam-syafie-kepada-muridnya

*reminder untuk diri sendiri jugak...*

You Might Also Like

5 comments

  1. Great share. Baik utk ingatkan diri kita from time to time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes... kadang kita terlupa.. saling nasihat menasihati ye kak...

      Delete
  2. terima kasih atas perkongsian. Insyaallah semoga kita semua bertambah baik

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored