Tinta hati

1:12 PM

I maybe a fighter in many ways, but not when to "feeling".. nak2 kalau melibatkan orang lain.. susah nak paham orang.. susah nak puaskan hati semua orang.. and yet, aku mengalah dengan keadaan..

Contohnya... andainya orang itu, ada terguris hati dengan kata2 mahupun perbuatan aku, aku akan menghembuskan kata2 maaf.. namun, andainya, dia masih enggan berbicara dengan ku, akan aku biarkan sahaja ia begitu... adakah aku ego..??? adakah aku tidak pandai memujuk...? tidak...!! jika tidak, masakan kanak-kanak akan melekat dengan ku..


Aku cuma tidak mahu keadaan berlarutan... sesetengah orang, apabila dia tengah marahkan sesorang, dia lebih suka bersendirian.. tidak suka dipujuk oleh si pemujuk.. sebabnya mungkin emosinya kurang stabil pada waktu dan ketika itu.. mungkin suara merdu si pemujuk tidak cukup untuk mencairkan taik telinganya.. jadi, biarkan..

Aku...?? ya... aku perempuan.. berhati lembut malahan berkaca... haruslah ingin dipujuk.. tapi, bukan dalam semua keadaan.. didikan keluarga tidak mengajar aku untuk menjadi begitu.. aku cuma memerlukan masa.. ketahuilah yang aku ni sangat pemaaf, namun untuk melupakan adalah sangat sukar bagiku...

Sebesar zarah kebaikkan yang kamu lakukan terhadap aku, takkan pernah aku lupakan.. namun, sebeasar hati kuman kau menyakiti aku, sampai bila2 ia takkan terpadam dari memori aku selagi aku bernafas..

Kadang, ingin aku padamkan memori "kepahitan" aku, agar aku lebih senang hari ini.. namun, aku sedar.. aku hanya hambaNya yang hina serta serba serbi kekurangan... berfikir sejenak, terkadang menyebabkan hujan di tengah kota.. namun, hujan itulah sumber kekuatan aku untuk melangkah hari ini dan hari seterusnya..

Setahun telah berlalu, namun tak pernah berganjak.. aku sangkakan jalan sudah diturap, namun kenapa lopaknya masih ada... arghh..!! mungkin satu hari aku nak dapat jalan yang diperbuat dari simen.. ketika itu, lopak pun tak ingin dekatiku...

Aku memang suka berfalsafah.. aku memang suka dengan perumpaan... aku tak pandai nak menerangkan dalam keadaan jalan yang lurus.. aku tahu kamu mungkin tak paham bagaimana kamu tak paham apa yang aku lalui... namun, aku ingin berterima kasih kerana telah menghadiahkan pelangi nan indah tapi hanya sementara...

You Might Also Like

9 comments

  1. "Sebesar zarah kebaikkan yang kamu lakukan terhadap aku, takkan pernah aku lupakan.. namun, sebeasar hati kuman kau menyakiti aku, sampai bila2 ia takkan terpadam dari memori aku selagi aku bernafas.."

    Wahhh...bahaya gak nih

    ReplyDelete
  2. Ya, saya setuju. dalam hidup ni kita memang tak boleh nak puaskan hati semua orang. saya sama macam awak. kalau saya buat salah, pastu saya dah minta maaf tapi dia tak nak layan, saya biarkan saja. janji saya dah minta maaf. Luahan hati yang baik.


    Terima kasih sebab follow blog saya. saya dah follow balik ye. ada masa selalu singgah dah komen. nanti saya akan singgah dan komen blog awak balik.

    ReplyDelete
  3. Sis JM.... Firah susah nak lupakan things even sekecik2 alam... tak kisah lah yang good or bad... memaafkan lagi mudah dari melupakan.. to me lah...

    MNH.. kaannn... kita dah buat yang termampu.. apo kan daya...

    sesame... :)

    ReplyDelete
  4. Tak mengapa kalau Firah jenis yang susah nak melupakan. Biarkan that quality jadi something yang positive. Maknanya, kita tak boleh lupa,..perkara tu ajar kita jadi beringat dan lebih berjaga-jaga. Asalkan tak makan diri/backfired, I think it's fine :)

    ReplyDelete
  5. Aipp.. tak mo makan tuan.. hehe.. nanti tuan die susah.. hek2.. tq Kak Farrah ~

    ReplyDelete
  6. deep betul ayat firah. hehe.

    btw, sory baru follow. my bad T.T

    ReplyDelete
  7. Memaafkan yang menyakiti kita itu memang susah, Tetapi bila kita memaafkan orang lain ianya menenangkan jiwa kita.

    ReplyDelete
  8. Fuhhh meremang bulu roma bace entry ni firah... seorang pemaaf tp bkn snng melupakan... skli bt silap abis laaaa...

    ReplyDelete
  9. Budak .:. Deep sebab dia terkeluar dari dalam.. hek2.. it's okey ~

    Arz .:. betul tu.. sebelum tidoq mmg amalkan habit cam tu...

    Ayu .:. hehehe.. meremang ea.. blh lawan cite hantu tak.. =p

    ReplyDelete

Terima kasih atas jejak anda. Sila datang lagi dengan buah tangan ye. ^_^

MiamorZafirah


Sponsored